Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Monday, December 4, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Wanita maut dilanggar pemandu 14 tahun

by Myra Hamdi
October 23, 2023
2 min read
4 0
0
Wanita maut dilanggar pemandu 14 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang wanita maut manakala kakaknya parah selepas motosikal Honda Wave dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang dipandu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, petang, semalam.

Mangsa, Nur Syafiqah Abdullah, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan manakala kakaknya, Nooraliza, 43, yang membonceng motosikal mengalami kecederaan di dada, pinggang dan kaki kiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, Pejabat pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima maklumat berhubung kemalangan jalan raya yang berlaku di lokasi kejadian pada jam 7.05 petang membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta.

RELATED STORIES

Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai

Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai

December 4, 2023
Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT

Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT

December 2, 2023

Jelasnya lagi, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi dua beradik itu dari lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah manakala kereta Proton Satria terbabit dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan melanggar pembahagi tengah jalan lalu memasuki jalan bertentangan terus merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.

“Kejadian berlaku ketika cuaca hujan dan jalan basah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Syed Basri berkata, remaja perempuan terbabit hanya mengalami luka di bahagian hidung.

Tambah beliau, pemeriksaan juga mendapati remaja terbabit tidak memiliki lesen dan sudah tidak bersekolah.

Katanya, mayat penunggang motosikal itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat manakala turut dihantar ke Unit Kecemasan hospital sama untu rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -AWANI

Previous Post

Galeri Pisau tarikan baru di Jonker Street

Next Post

Hospital di Gaza semakin lumpuh, simpanan bahan api habis

Next Post
Hospital di Gaza semakin lumpuh, simpanan bahan api habis

Hospital di Gaza semakin lumpuh, simpanan bahan api habis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai
  • Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT
  • Lima Kes Baharu Positif Cacar Monyet Dikesan-KKM
  • RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker