
Bayangkan satu dunia di mana semua watak ikonik daripada filem dan siri premium Astro Shaw wujud dalam satu universe yang sama. Ya, macam Marvel Cinematic Universe… tapi versi sinema Malaysia.
Itulah gambaran awal yang diperlihatkan melalui video pendek yang cukup mengkagumkan bertajuk “Astro Shaw Cinematic Universe: The Beginning” — sebuah teaser sinematik yang menjadi permulaan rasmi kepada dunia sinematik baharu Astro Shaw.
Video pendek ini dihasilkan hasil kolaborasi mantap antara Sofyank, Mshaffuan dan Nicholas Chin, selepas mereka diberikan kepercayaan penuh oleh Astro Shaw untuk meneroka idea besar ini.
“Trailer ini adalah sebuah permulaan untuk universe yang baru dalam dunia Astro Shaw, dan semoga karya ini juga menjadi sebuah titik permulaan yang baru untuk kami.” Mohamad Sofian / Sofyank
Ayat ini sendiri sudah cukup memberi gambaran bahawa projek ini bukan sekadar teaser biasa, tetapi satu langkah berani dalam landskap industri perfileman tempatan.
Ini juga menandakan short movie pertama Sofyank, dan terus terang dengan apa yang dipersembahkan memang sesuatu yang penonton Malaysia tak pernah lihat sebelum ini.
Daripada pergerakan kamera, skala visual, sehinggalah ke kualiti CGI, teaser ini memberi first look kepada pengalaman filem yang terasa besar, berat dan sinematik.
Scene yang paling mencuri perhatian?
Mestilah bas terbalik dan meletup tu.
Bukan sekadar visual cantik, tapi terasa “heavy”, ada impak. CGI yang digunakan benar-benar berada pada tahap antarabangsa, sampai ramai yang secara spontan akan menyamakan kualitinya dengan produksi Hollywood.
“Astro Shaw Cinematic Universe: The Beginning” bukan menceritakan satu kisah penuh, sebaliknya berfungsi sebagai bayangan awal satu pengenalan rasmi kepada dunia di mana:
…akan berkongsi satu dunia yang sama.
Ini membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan:
crossover watak, kesinambungan cerita antara filem dan siri, serta pengalaman menonton yang lebih menyeluruh dan terancang.
Kejayaan visual teaser ini turut disokong oleh barisan kreatif yang solid.
Pengarah:
Mohamad Sofian (@sofyank96), Muhammad Shaffuan (@mshaffuan)
Pengarah Fotografi:
Jeffrey Teong (@jeffteong_), Nicholas Chin (@nicholaschin_dop)
Produksi:
2117 Productions (@2117_productions)
Turut menampilkan nama-nama besar industri seperti
Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Amir Ahnaff
serta sokongan penuh daripada
Astro Shaw & Astro Shaw Cinematic Universe.
“Astro Shaw Cinematic Universe: The Beginning” bukan sekadar video pendek tapi ia adalah janji. Kepastian bahawa sinema Malaysia sedang bergerak ke arah yang lebih berani dan lebih besar.
Jika ini baru permulaan, soalannya:
Apa yang bakal menyusul selepas ini?
Bayangkan semua watak daripada siri dan filem Astro Shaw bergabung dalam satu universe…
Fuh.
Kalau ini hala tujunya kita layan dan memang akan layan.
#AstroShawCinematicUniverse #ASTROSHAW