Memetik laporan Astro Awani pada 7 Jun lalu, Juara Dunia Berbasikal Trek Keirin 2017, Datuk Azizulhasni Awang, meluahkan rasa terkilannya dalam menuntut janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini.
Azizulhasni dipujuk untuk pulang berlatih di Malaysia. Dia dijanjikan dengan sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne tetapi sehingga kini, ia masih menjadi tanda tanya
Mengulas laporan Astro Awani, Azizulhasni mengeluarkan kenyataan melalui akaun rasmi facebooknya mengenai isu yang berlaku bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.
“Sirih tidak kisah untuk pulang ke gagang, asalkan support system di Malaysia nanti adalah setara ataupun lebih bagus daripada di Melbourne.” jelas Azizulhasni Awang
Azizulhasni yang sedang membuat persediaan Olimpik Paris 2024, pulang ke tanah air dari pangkalan latihan (training base) di Melbourne pada penghujung Januari tahun ini berkata sekiranya Malaysia tidak dapat menyediakan support system yang terbaik, sebaiknya beliau pulang ke Melbourne.
Tambahnya lagi, untuk atlet bertaraf dunia seperti beliau, berlatih di Melbourne buat masa ini adalah lebih efektif dan disana beliau boleh berlatih dengan tenang tanpa gangguan pelbagai perkara terutamanya politik sukan seperti ini.
Katanya,setahun lebih sebelum beliau pulang, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) telah memanggilnya untuk berbincang dan memujuk mengenai isu latihan mereka. Namun, isu yang dibincangkan tidak mendatangkan hasil.
Namun, bukan itu sahaja yang menyebabkan atlet pelumba basikal negara kita ini terkilan. Masalah pengurusan yang sering berlaku, pengorbanannya bersama keluarga, elaun ketika latihannya di Melbourne juga pernah tidak dibayar selama setahun.
Keputusannya yang setuju untuk pulang berlatih di Malaysia menurutnya sangat tidak berbaloi. Dia menganggap pulang berlatih di Malaysia seperti langkah kebelakang.
Dengan pengurusan sukan seperti ini, dia tidak terkejut melihat pencapaian atlet Malaysia dalam sukan SEA yang pernah dianggap pencapaian yang tidak memberansangkan.
Azizulhasni mengingatkan, bukan mudah untuk jadi atlet berprestasi tinggi. Atlet perlu memerikan komited yang sangat tinggi terhadap latihan serta sentiasa berada dalam tekanan yang tinggi.
Azizulhasni juga mempersoal sekiranya atlet bermasalah dan tidak mencapai KPI akan akan dibuang dari program latihan, jadi apa tindakan yang perlu diterima oleh pegawai yang menguruskannya?
Azizulhasni juga menjelaskan, walaupun banyak menyebut mengenai MSN, dia tidak menunding jari terhadap MSN sepenuhnya, tetapi hanya pada individu-individu tertentu dalam MSN.
Semoga isu ini dapat diselesaikan supaya atlet kita dapat menumpukan sepenuhnya perhatian dan usaha untuk mengharumkan nama negara tanpa rasa ditindas.
Sumber: Astro Awani dan Azizulhasni Awang
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official