Memetik sebuah kenyataan di laman rasmi Facebook, JOHOR Southern Tigers, JDT dalam perbincangan bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mewujudkan Program Diploma Sains Sukan dan Kecergasan untuk pelatih Akademi JDT.
JDT dan UTM sedang dalam peringkat akhir perbincangan lanjut untuk Program Diploma Sains Sukan & Kecergasan khas untuk pelatih lepasan sekolah Akademi JDT.
Program tersebut akan menawarkan pilihan kepada pelatih Akademi JDT untuk meneruskan pengajian sambil mengejar impian mereka menjadi pemain bola sepak.
Difahamkan, bagi mereka yang mengikuti diploma mempunyai pilihan untuk melengkapkan ijazah sarjana muda dan perkara itu akan memastikan pelatih Akademi JDT mempunyai pendidikan yang kukuh untuk masa depan mereka.
Selain itu, JDT dan UTM juga telah mengatur sesi taklimat kepada para pelatih Akademi JDT untuk membimbing anak-anak muda tentang pilihan mereka di universiti selepas sekolah menengah. Antara yang hadir termasuk Alistair Edwards, Ketua Pegawai Eksekutif JDT, dan K. Sukumaran, Pengurus Pembangunan Bola Sepak JDT.
Tambahan pula, JDT dan UTM juga mempunyai hubungan yang sangat baik beberapa tahun kebelakangan ini di mana Pelatih Akademi JDT sepenuh masa tinggal di Asrama UTM dan menggunakan kemudahan sukan di sana.
Akademi JDT adalah satu-satunya akademi sepenuh masa kelab bola sepak profesional yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan, dan penginapan.
Oleh itu, tidak hairanlah nama JDT menjadi sebutan para penyokong bola sepak tempatan kerana mempunyai pengurusan bola sepak yang terbaik di negara ini.
Sumber: Majoriti
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official