Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Saturday, September 30, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

PRN : Permohonan Undi Pos Bagi Enam Negeri Dibuka Mulai 15 Jun

by Myra Hamdi
June 8, 2023
2 min read
4 0
0
PRN : Permohonan Undi Pos Bagi Enam Negeri Dibuka Mulai 15 Jun

KUALA LUMPUR 05 APRIL 2018. Petugas media NSTP menghantar undi pos di peti pos Pejabat Pos Brickfields bagi Pilihan Raya Umum ke-14. NSTP/ SAIRIEN NAFIS

Share on FacebookShare on Twitter

Pemilih yang layak mengundi melalui undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu boleh mula membuat permohonan undi pos mulai 15 Jun ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A (petugas pilihan raya, anggota/pegawai SPR dan petugas media), Kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara) dan Kategori 1C (agensi/organisasi) perlu dibuat secara dalam talian di https://myspr.spr.gov.my.

“Bagaimanapun, bagi anggota polis dan tentera di bawah Kategori 1A, kaedah permohonan undi pos dikekalkan secara manual menggunakan Borang 1A yang boleh dimuat turun dari portal https://www.spr.gov.my mulai 15 Jun.

RELATED STORIES

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

September 29, 2023
Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

September 29, 2023

“Borang 1A ini hendaklah diserahkan kepada pegawai pengurus Bahagian Pilihan Raya pemohon mengundi selepas mendapat perakuan oleh ketua jabatan masing-masing,” tambahnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ikmalrudin, pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos dan digalakkan mendaftar lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

Tarikh tutup permohonan undi pos bagi Kategori 1A ialah tiga hari sebelum hari penamaan calon, Kategori 1B pula ialah tiga hari selepas mesyuarat khas manakala bagi Kategori 1C, enam hari selepas mesyuarat khas tambahnya lagi.

“Tarikh mesyuarat khas urusan PRN bagi penetapan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh tutup permohonan undi pos dalam dan luar negara akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Bagi penghantaran kertas undi pos kepada pengundi tidak hadir (PTH) luar legara, beliau berkata mereka perlu menghubungi SPR bagi menyemak alamat luar negara yang disimpan dalam rekod SPR serta mengemas kini alamat tersebut sekiranya telah berpindah atau telah kembali ke Malaysia.

-BERNAMA

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

2.7 Peratus Calon SPM 2022 Memperoleh Keputusan Semua A

Next Post

Polis Buru Teman Lelaki Ibu, Kanak-Kanak 2 Tahun Didera

Next Post
Polis Buru Teman Lelaki Ibu, Kanak-Kanak 2 Tahun Didera

Polis Buru Teman Lelaki Ibu, Kanak-Kanak 2 Tahun Didera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah
  • Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini
  • Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah
  • PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker