Sejak jam 10 pagi tadi seramai 403,637 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM 2022 sudah mula boleh menyemak keputusan SPM yang diduduki pada 20 Februari hingga 15 Mac lalu membabitkan 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.
2.7 peratus atau seramai 10,109 daripada 373,974 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan semua A.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, ketika mengumumkan keputusan itu, mengatakan seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.
Menurutnya, bagi calon mendapat keputusan lulus, ia membabitkan seramai 128,193 atau 34.3 peratus, manakala 126,793 calon atau 33.9 peratus pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran.
“Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu juga, seramai 32,118 bersamaan 8.6 peratus memperoleh keputusan kombinasi gred dan 0.4 peratus atau 1,439 calon memperoleh keputusan semua gagal,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan SPM 2022, di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata, Prestasi Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2022 menunjukkan peningkatan kepada 4.74 berbanding 4.86 bagi SPM 2021.
Kami mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat kesemua calon yang telah mengambil keputusan. Semoga setiap keputusan yang diterima menjadi titik permulaan yang baru buat semua.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official