Pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 4) bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai Selasa, 7 November 2023.
Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.
Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 . Penerima yang lulus Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bagi yang belum mengemaskini permohonan STR 2024, anda boleh melakukannya sepanjang bulan ini.