Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024), kini sudah mula dibuka mulai 1 November 2023 secara atas talian (online) dan secara manual melalui penghantaran borang.
Untuk makluman, permohonan baharu dibuka bagi bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.
Pada Oktober lepas, Perdana Menteri memaklumkan Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion).
Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.
Kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.