Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Saturday, September 30, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Sukan

JDT melangkah ke final Piala FA dengan penuh gaya

by Myra Hamdi
June 27, 2023
2 min read
5 0
0
JDT melangkah ke final Piala FA dengan penuh gaya
Share on FacebookShare on Twitter

Skuad Harimau Selatan mengesahkan slot ke pentas final Piala FA 2023 dengan penuh bergaya apabila berjaya menundukkan Red Giant, 4-0, pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Tampil tanpa kelibat penggempur utama, Bergson Da Silva, jentera serangan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilihat sukar untuk menembusi benteng Selangor FC terutamanya pada awal perlawanan.

Walaupun jentera serangan skuad Merah Kuning itu memberikan tekanan dengan asakan-asakan berbahaya ke gawang tuan rumah sepanjang 15 minit pertama perlawanan, sekurang-kurangnya dua peluang terbaik dimiliki skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu untuk membuka jaringan, namun berjaya diselamatkan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

RELATED STORIES

Terengganu penaja utama Le Tour de Langkawi 2023

Terengganu penaja utama Le Tour de Langkawi 2023

September 13, 2023
Cristiano Ronaldo buka pintu hotel bantu mangsa gempa bumi  di Maghribi

Cristiano Ronaldo buka pintu hotel bantu mangsa gempa bumi di Maghribi

September 11, 2023

Walau bagaimanapun, hasil satu serangan balas, JDT akhirnya membuka peluang jaringan pada minit ke-20 menerusi Arif Aiman Mohd Hanapi yang tenang menewaskan penjaga gol Selangor FC bagi menggamatkan seketika Stadium Sultan Ibrahim.

Tersentak dengan gol yang tak diduga itu, Selangor FC cuba bangkit dengan mengatur asakan ke gawang JDT bagi mencari gol penyamaan.

Namun, Arif Aiman sekali lagi berjaya mencatatkan nama selaku penjaring apabila merembat deras lalu menewaskan Khairulazhan buat kali kedua pada minit ke-33.

Lima minit berselang, Arif Aiman sekali lagi membuktikan kehebatannya di depan gawang lawan apabila melengkapkan hatriknya dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-38 sekali gus memastikan tuan rumah terus selesa memimpin perlawanan menuju ke bilik persalinan dengan tenang pada malam ini.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

RM11,092 lesap sekelip mata

Next Post

Lebih 2.5 juta jemaah menyahut panggilan Baitullah tahun ini

Next Post
Lebih 2.5 juta jemaah menyahut panggilan Baitullah tahun ini

Lebih 2.5 juta jemaah menyahut panggilan Baitullah tahun ini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah
  • Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini
  • Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah
  • PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker