Seorang penjawat awam wanita yang dikenali sebagai Shiela, dipercayai seorang pegawai polis tular di media sosial beberapa hari yang lalu, didakwa menghina anggota polis berpangkat rendah di Gombak.
Malah, wanita yang sama sekali lagi kembali panas di media sosial kerana bergaduh mulut dengan orang awam di sebuah parkir pusat membeli belah pada Sabtu lepas.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan melakukan tangkapan ke atas seorang pegawai polis wanita berkait kes ugutan jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bertindak atas maklumat, bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat satu tangkapan pada Ahad jam 1.20 petang.
Beliau berkata, tangkapan itu melibatkan seorang pegawai kanan berusia 35 tahun.
Tambahnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit bagi tujuan membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
“Suspek akan dilepaskan dengan diberi jaminan polis selepas siasatan lengkap dijalankan, memandangkan terdapat satu lagi report (laporan) polis yang dibuat melibatkan suspek yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official