Identiti penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, dikenal pasti sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah.
Berita ini dikongsi oleh sepupunya Nurul Nazihah melalui laman Facebook miliknya mengatakan bahawa adik sepupunya Itu merupakan salah seorang mangsa yang terlibat.
Nazihah yang bersimpati atas mangsa yang terkorban setelah menonton video nahas yang tular melalui media sosial semalam tidak menyangka bahawa itu merupakan orang yang dikenalinya.
Memetik laporan di mstar, Nazihah berkongsi mangsa yang berusia 30-an merupakan anak sulung daripada lima beradik dan sepatutnya pulang ke kampung halaman bagi menghadiri kenduri keluarganya minggu depan.
Terdahulu, polis mengesahkan 10 individu termasuk seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.
Turut terkorban dalam nahas terbabit, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.
Dalam pada masa yang sama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi melalui laman sosial X miliknya mengenai hukum sebagai seorang yang beragama Islam menyebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut adalah haram. Ianya akan melukakan hati keluarganya dan juga melibatkan maruahnya.
Dalam hadis Rasulullah SAW, maksudnya :
“Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2546)
Sumber : mstar
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official