Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Agama

Hukum cium hajar aswad haram jika membahayakan – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

by Myra Hamdi
March 4, 2024
2 min read
6 0
0
Hukum cium hajar aswad haram jika membahayakan – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Share on FacebookShare on Twitter

Hukum mencium hajar aswad adalah haram sekiranya membahayakan termasuk menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium hajar aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.

“Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.

RELATED STORIES

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

March 13, 2025
Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

March 13, 2025

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari

“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Tular di media sosial usahawan dan pempengaruh terkenal memuat naik rakaman video menunjukkan momen dia membantu isteri dan kakitangan wanita syarikatnya untuk mencium hajar aswad ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

Klip video berdurasi lebih dua minit itu memaparkan lelaki tersebut berasak-asak sehingga terpaksa menolak dan menjerit kepada jemaah lain untuk memberi laluan kepada kumpulan jemaah wanita berkenaan.

Situasi itu juga menyebabkan kain ihram yang dipakai turut terlondeh sehingga menampakkan badannya.

Rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menyifatkan ia sebagai ‘content’ untuk meraih perhatian.

Sehubungan itu, Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan masyarakat agar meninggalkan trend memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial.

“Jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah trend yang merugikan itu.

“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta ‘content’,” katanya.

-Sinar Harian

Previous Post

SHOWCASE UND3RGROUND 2024 (BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE) MERIAH!

Next Post

Istana Budaya terus semarak seni budaya sepanjang 2024

Next Post
Istana Budaya terus semarak seni budaya sepanjang 2024

Istana Budaya terus semarak seni budaya sepanjang 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker