Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, May 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Agama

Adil Kepada Allah: Muhasabah Diri di Sebalik Doa dan Tanggungjawab

by Myra Hamdi
February 27, 2025
3 min read
5 0
0
Adil Kepada Allah: Muhasabah Diri di Sebalik Doa dan Tanggungjawab
Share on FacebookShare on Twitter

Hidup ini adakalanya terasa adil, dan adakalanya tidak. Kita sering rasa Allah tidak adil kepada kita bila doa kita lambat dimakbulkan atau apa yang kita hajati tidak tercapai. Tapi pernah tak kita terfikir, adakah kita sudah adil kepada Allah?

Dalam doa, kita selalu meminta: “Ya Allah, percepatkanlah urusan ini, mudahkanlah jalan hidupku.” Tapi bila tiba giliran kita menunaikan kewajipan kepada-Nya, seperti solat, kita tangguhkan: “Kejaplah, siapkan kerja ni dulu,” atau “Jap lagi sempat.”

Hakikatnya, Allah itu Maha Adil. Ujian yang Dia berikan bukan untuk menghukum, tapi untuk menguji keimanan kita. Solat itu bukan sahaja kewajipan, tetapi peluang untuk bercakap dengan Allah, memohon pertolongan dan meluahkan segalanya. Jika kita sanggup meluangkan masa berjam-jam untuk urusan dunia, kenapa tidak untuk Dia yang memberi segala-galanya?

RELATED STORIES

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

March 13, 2025
Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

March 13, 2025

Bila kita mula berusaha adil kepada Allah, kita akan sedar betapa Dia sentiasa mengasihi dan mempermudahkan hidup kita. Apa yang kita anggap kelewatan atau kekurangan sebenarnya adalah rahmat yang hanya kita fahami bila kita mendekatkan diri kepada-Nya.

Allah SWT menegaskan dalam Al-Quran:
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.”
— (Surah An-Nisa’, 4:40)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah tidak pernah berlaku zalim. Setiap ujian, kesukaran, atau kelambatan dalam memakbulkan doa adalah untuk kebaikan kita. Allah tahu apa yang terbaik, walaupun kita tidak memahaminya pada waktu itu.

Namun, bagaimana pula dengan sikap kita? Dalam kehidupan seharian, kita terlalu sibuk dengan urusan dunia hingga solat ditangguhkan. Sedangkan solat adalah tiang agama, dan Allah telah mengingatkan kita:


“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
— (Surah An-Nisa’, 4:103)

Solat bukan sahaja kewajipan, tetapi juga cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Ia adalah peluang untuk berbicara dengan-Nya, meluahkan rasa hati, dan memohon pertolongan. Tetapi seringkali, kita letakkan solat di tempat kedua atau terakhir, sedangkan Allah sepatutnya menjadi keutamaan dalam hidup kita.

Daripada Abdullah Ibn Mas’ud RA berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : ‘Amalan apakah yang paling Allah sukai?’ Baginda menjawab, “Solat pada waktunya”. ‘Kemudian apa?’ kataku. Baginda menjawab, “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’. Baginda menjawab, “Jihad di jalan Allah.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari)

Kita juga sering meminta, tetapi jarang bersyukur. Allah berfirman:
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat kepada kamu, tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.'”
— (Surah Ibrahim, 14:7)

Allah tidak pernah berlaku zalim kepada kita. Sebaliknya, kita yang sering tidak adil kepada-Nya. Kita meminta agar urusan dipermudahkan, doa dimakbulkan, tetapi kita abaikan kewajipan utama seperti solat dan syukur. Muhasabah diri ini mengingatkan kita bahawa dengan mendekatkan diri kepada Allah, kita akan mula memahami bahawa setiap ujian atau penangguhan sebenarnya adalah rahmat yang penuh hikmah.

Mari kita berusaha menjadi lebih adil kepada Allah, dan percayalah bahawa Dia sentiasa adil, Maha Penyayang, dan Maha Mengasihi.

situs slot gacor toto slot
Previous Post

2 Pertahanan Terbaik Bola Sepak Malaysia Ketika Ini

Next Post

Raynaud’s Syndrome: Apa yang Badan Anda Cuba Beritahu?

Next Post
Raynaud’s Syndrome: Apa yang Badan Anda Cuba Beritahu?

Raynaud’s Syndrome: Apa yang Badan Anda Cuba Beritahu?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker