Tanggal 16 Mei merupakan satu tarikh bagi meraikan warga pendidik yang banyak mengorbankan masa dan tenaga bagi mendidik anak bangsa. Namun tahun 2020 ini agak berbeza apabila sambutan hari istimewa ini hanya dapat disambut menerusi rakaman video dan sebagainya. Ini berikutan negara kita masih lagi berperang dengan pandemik Covid-19 dan masih dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 9 Jun ini.
Berkongsi mengenai kenangan sewaktu bertugas sebagai guru, seorang pengguna laman sosial Twitter yang juga merupakan seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pernah diugut bunuh sewaktu awal kariernya sebagai seorang pendidik.
Dalam tweetnya, @keemanxp atau nama sebenarnya Chuah Kee Man bercerita mengenai seorang pelajar Tingkatan 4 yang berani menghunus pisau ke arahnya kerana melarang pelajar itu merokok.
“Sebab rokok kau tu, kalau dengan bunuh saya dapat puaskan awak, silakan”.
Pelajar tersebut marah dan terus keluar dari sekolah. Sejak hari kejadian, selama tiga minggu pelajar itu tidak datang ke sekolah. Chuah Kee Man cuba menghubungi ibu pelajar tersebut kerana risau dengan keadaan pelajarnya itu.
Selang beberapa hari kemudian, Chuah mendapat info bahawa pelajar tersebut tidak mahu meneruskan persekolahannya kerana ingin bekerja bagi membantu ibunya, yang juga seorang ibu tunggal. Pelajar itu merupakan anak sulung dari tiga orang adik-beradik. Walau bagaimanapun, Chuah sempat memberikan sedikit sumbangan dan juga nota pesanan untuk anak muridnya itu.
“Tq sir, kalau bukan sebab sir, saya dah lama give up dengan hidup saya. Pesan sir untuk dahulukan ilmu untuk mengubah nasib keluarga saya pegang sampai sekarang”
Ternyata setelah empat tahun, pelajar tersebut dapat berhubung dengan Chuah melalui platform Facebook dan meluahkan rasa terima kasih kepada gurunya itu atas nota pesanannya suatu ketika dahulu.
“Kalau nak merokok, merokok lah puas-puas tetapi pilih tempat yang betul. Sama macam hidup, pilihlah laluan yang betul dan buat habis baik. Esok-esok yang untung bukannya orang lain, kita jugak”
Tweet tersebut mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya tersentuh dengan cerita yang dikongsikan. Kisah ini membuktikan bahawa walaupun berhadapan dengan pelbagai ragam anak murid, seorang guru yang berjiwa pendidik pastinya tidak akan gentar semangat untuk terus membantu dan memberi ilmu bagi membantu anak bangsa.
@blckturtle My counsellor always said “orang yg nakal zaman sekolah tu, bila dah besar diorang lah yg akan dtg cari cikgu utk berterima kasih”.
@salleh2310 Tahniah, Cikgu Chuah…menarik cerita dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepada semua guru terutama guru-guru muda. SELAMAT HARI GURU!
@Farawhynot Ada org potong bawang..thank you sir, you managed to touch that kid’s heart. Byk pahala sir.
@farhanjaidir Congrats, ex cikgu. A good story. In the end, sebagai tenaga pengajar kita hanya mahu ilmu itu diserap dan dipraktikkan dalam hidup anak didikan.
@Panji_Putih Terima kasih cikgu Chuah atas kisah inspirasi ini. Cikgu satu tugas mulia dan dihormati. Sangat terharu bagaiman cikgu mengatasi pelajar yg sedemikian. Benar, pelajar in ada mcm2. Selagi kita tdk putus asa dgn mrk, insyallah mrk boleh menjadi yg terbaik. Selamat Hari Guru 2020 !