Seorang wanita dalam lingkungan 40-an berjaya masuk dan mandi dalam tangki di bawah selengaraan Lembaga Air Perak.
Kejadian jam 2 petang tadi di berhampiran sebuah tangki simpanan air dekat dengan Pasar Awam Bagan Serai.
JBPM Negeri Perak menerima panggilan tentang cubaan bunuh diri pada jam 2.37 petang yang berlaku di Pasar Awam Bagan Serai, Perak.
Bertindak atas maklumat, Pasukan Bomba daripada BBP Bagan Serai telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi penyelamatan.
Menurut Komander Operasi, PBK II Muhamad Shafarie bin Sukri, terdapat seorang wanita yang difahamkan kurang siuman berada di bahagian atas tangki air dengan anggaran ketinggian bangunan 6 tingkat.
Pihak Bomba bertindak menaiki tangki tersebut untuk memujuk mangsa turun ke bawah. Mangsa akhirnya berjaya di bawa turun dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.