Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Wednesday, July 2, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Sukan

MORALES ‘SENJATA’ BAHARU HARIMAU MALAYA HADAPI PIALA ASIA

by Team Kepochi
December 19, 2023
2 min read
6 0
0
MORALES ‘SENJATA’ BAHARU HARIMAU MALAYA HADAPI PIALA ASIA
Share on FacebookShare on Twitter

Penyerang naturalisasi baharu Kuala Lumpur (KL) City FC Romel Morales berpeluang menyarung jersi Malaysia buat kali pertama apabila dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.

Pemain berusia 26 tahun berasal dari Colombia itu yang dilaporkan bakal mendapat kerakyatan negara ini dalam tempoh terdekat, bakal bersaing dengan 25 pemain lain disenaraikan ketua jurulatih Kim Pan Gon bagi kem di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya bermula 26 Dis ini.

Morales yang mengumpul keseluruhan 15 gol dalam kempen Liga Malaysia 2023 antara empat pemain naturalisasi dalam senarai skuad Harimau Malaya kali ini, selain rakan sepasukannya di KL City Paulo Josue dan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Endrick Dos Santos dan Mohamadou Sumareh. 

RELATED STORIES

2 Pertahanan Terbaik Bola Sepak Malaysia Ketika Ini

2 Pertahanan Terbaik Bola Sepak Malaysia Ketika Ini

February 27, 2025
Faisal Halim Bangkit: Anugerah Sultan Selangor Jadi Pemangkin Semangat

Faisal Halim Bangkit: Anugerah Sultan Selangor Jadi Pemangkin Semangat

December 12, 2024

Berdasarkan senarai kali ini, Pan Gon mengekalkan seramai 22 daripada 25 pemain dalam skuad yang mencatat dua kemenangan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan lepas.

Selain Morales, tiga pemain baharu tersenarai kali ini adalah dua pemain JDT Mohamed Syamer Kutty Abba dan Natxo Insa yang merupakan pemain kacukan serta pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee.

“19 pemain diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas (26 pemain). Dua pemain Shahrul Nazeem Zulpakar dan Azam Azmi Murad masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan,” menurut FAM dalam kenyataan hari ini.

Pada saingan Piala Asia 2023 dari 12 Jan sehingga 10 Feb depan, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen dengan bertemu Jordan pada 15 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan pasukan pilihan serta juara dua kali, Korea Selatan pada 25 Jan.

Juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga teratas akan layak ke pusingan 16 terbaik.

Pan Gon menyasarkan untuk membawa Malaysia mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama dalam penampilan keempat Malaysia di kejohanan bola sepak berprestij Asia itu. -BERNAMA

Previous Post

Wanita Kurang Siuman Cuba Bunuh Diri, Panjat Tangki Air Pasar Awam

Next Post

Cas RM 1 Bagi Warga Asing Yang Menggunakan Perkhidmatan Bas GoKL Mulai 1 Jan

Next Post
Cas RM 1 Bagi Warga Asing Yang Menggunakan Perkhidmatan Bas GoKL Mulai 1 Jan

Cas RM 1 Bagi Warga Asing Yang Menggunakan Perkhidmatan Bas GoKL Mulai 1 Jan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker