Kementerian Kesihatan Malaysia kini menawarkan pemberian vaksin pneumokokal percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 di fasiliti kesihatan primer KKM seluruh negara.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa melalui ciapan di akaun twitternya, pihak Kementerian Kesihatan sedang komited untuk mengesan kanak-kanak yang cicir imunisasi dan terlepas jadual imunisasi rutin bagi meningkatkan liputan imunisasi sekaligus meminimakan risiko penularan jangkitan penyakit cegahan vaksin.
Inisiatif imunisasi catch-up pneumokokal (CHUP) ini dipancarkan bagi mengoptimumkan perlindungan terhadap penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak.
program ini bermula dari 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. Bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 layak menerima doa secara percuma di fasiliti kesihatan primer KKM. Setiap ibu bapa boleh hadir di mana-mana fasiliti primer KKM di seluruh negara untuk membuat tempahan, atau hanya perlu membuat tempahan di atas talian melalui aplikasi MySejahtera.
Sumber : Dr Zaliha Mustafa
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official