Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, May 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Trend ‘Kopi Joss’ satu kesalahan, pengusaha premis boleh didenda RM10,000, penjara dua tahun – KKM

by Myra Hamdi
November 27, 2023
2 min read
6 0
0
Trend ‘Kopi Joss’ satu kesalahan, pengusaha premis boleh didenda RM10,000, penjara dua tahun – KKM
Share on FacebookShare on Twitter

Penambahan bara arang dalam minuman kopi yang semakin menjadi trend kini merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh didakwa, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM memaklumkan mana-mana pengusaha premis makanan yang didapati menghidangkan kopi bersama bara arang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.

“Kopi yang sedia diminum dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan tersebut hanya membenarkan penambahan gula, dekstrosa, glukosa atau madu, susu, krimer, makanan lain dan bahan perisa yang dibenarkan. Arang tidak dikategorikan sebagai makanan,” menurut KKM dalam kenyataan kepada Bernama.

RELATED STORIES

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

May 12, 2025
Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

Kesihatan Tak Mahal, Kalau Tahu Caranya

April 26, 2025

Kenyataan tersebut bagi mengulas laporan Bernama pada 16 November lalu yang melaporkan trend meminum kopi yang dimasukkan dengan bara arang di sebuah kedai makan di sini menjadi perdebatan netizen di media sosial, sejak beberapa minggu lalu.

Semuanya gara-gara dakwaan bahawa kopi yang dimasukkan dengan bara arang atau dipanggil “Kopi Joss” di Indonesia itu mempunyai keunikan rasa tersendiri selain dikatakan merupakan cara untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan.

Namun, pakar kesihatan melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meminum minuman berkenaan kerana boleh mengundang kesan buruk seperti kanser berikutan sifatnya yang karsinogenik serta kemungkinan usus tersumbat jika diambil secara kerap untuk tempoh masa yang lama.

Menurut KKM, arang panas (bara arang) yang dimasukkan secara terus ke dalam minuman kopi adalah berbeza dengan arang diaktifkan, yang lazimnya digunakan dalam industri makanan kerana ia sudah diproses dan ditulenkan, sekali gus selamat digunakan.

“Bagaimanapun, arang panas yang dimasukkan secara terus dalam kopi seperti yang ditularkan itu tidak dapat dipastikan, sama ada telah diproses dengan betul atau selamat untuk dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.

“Justeru, sebagai langkah pemantauan, siasatan akan dijalankan setelah KKM mendapat maklumat lengkap premis makanan yang ditularkan,” menurut KKM.

KKM juga menyeru orang ramai yang ingin membuat aduan ke atas mana-mana premis makanan yang disyaki tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, supaya berbuat demikian di Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Orang ramai juga boleh menghubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

“Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan agar memilih kedai makan atau restoran yang bersih, terutama yang telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada kementerian,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Previous Post

Situasi terkini COVID 19 di Malaysia

Next Post

KKD memberi jaminan pembangunan IDN tidak menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat

Next Post
KKD memberi jaminan pembangunan IDN tidak menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat

KKD memberi jaminan pembangunan IDN tidak menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker