Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Saturday, September 30, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia bermula 4 Julai

by Myra Hamdi
July 5, 2023
2 min read
4 0
0
Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia bermula 4 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Berkuat kuasa semalam (4 Julai) tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, mengikut subseksyen 1(2) Akta 846, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh akta itu mula berkuat kuasa.

“Oleh demikian tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat mulai tarikh ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

RELATED STORIES

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

September 29, 2023
Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

September 29, 2023

Ramkarpal juga berkata, pemansuhan itu bertujuan menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia serta memastikan keadilan bagi semua pihak.

Tambah beliau, prinsip asas yang ingin diberi penekanan oleh kerajaan di sebalik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan banduan agar dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi individu yang berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman.

Dalam pada masa yang sama, Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) sudah menerima perkenan Diraja pada 9 Jun lalu, namun belum berkuat kuasa, tambahnya lagi. 

Namun, permohonan semakan hukuman mati atau pemenjaraan sepanjang hayat di bawah Akta 847 hanya boleh difailkan selepas terdapat penetapan tarikh kuat kuasa oleh Azalina melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri sejak Mei 2023 telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi membincangkan mekanisme dan garis panduan pelaksanaan semakan hukuman mati serta pemenjaraan sepanjang hayat, jelasnya lagi.

“Butiran berhubung mekanisme dan garis panduan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Malah,reformasi udang-undang itu adalah langkah awal dalam mentransformasikan sistem keadilan jenayah di Malaysia.

“Lebih banyak semakan dan reformasi sistem perundangan jenayah akan dilaksana selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam mewujudkan sistem perundangan yang lebih progresif serta relevan bagi membangunkan Malaysia Madani,” katanya.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Jemaah haji Malaysia pulang ke Tanah Air mulai esok

Next Post

PRN : SPR umum tarikh mengundi 12 Ogos ini

Next Post
PRN : SPR umum tarikh mengundi 12 Ogos ini

PRN : SPR umum tarikh mengundi 12 Ogos ini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah
  • Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini
  • Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah
  • PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker