Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, May 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Teka-teki teraju utama Keluang Man akhirnya terjawab

by Team Kepochi
November 29, 2023
2 min read
7 0
0
Teka-teki teraju utama Keluang Man akhirnya terjawab
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya teka-teki peminat animasi ikonik Malaysia, Keluang Man, akhirnya terjawab apabila Pelakon aksi, Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T terpilih untuk memegang peranan superhero tersebut.

Menurut Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, pemilihan Nas-T itu adalah kerana dia mempunyai ciri-ciri dan dedikasi yang menepati kriteria karakter Keluang Man.

Pihaknya berbesar hati membawakan naskhah berkenaan ke pawagam kerana ia dikenali sebagai karya dengan jenama dan kumpulan peminat yang besar.

RELATED STORIES

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

Mariam – Ringkas Tapi Sarat Dengan Emosi

May 11, 2025
Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

Dongeng Sang Kancil, Apa Yang ‘Best’?

March 13, 2025

“Jenamanya bukan saja popular dan kelompok peminat besar tetapi menjadi pop-culture phenomenon dan mengubah landskap industri animasi tempatan.

“Mereka yang membesar di era 90-an pastinya tahu Keluang Man adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak. Selepas 25 tahun, ia masih dicari, di Tiktok tanda pagarnya mencecah 20 juta tontonan, di YouTube lebih 8 juta.

“Ini menandakan Keluang Man mempunyai impak berpanjangan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

“Semasa peringkat akhir pemilihan semua calon akhir ada session one on one dengan saya, kita cuba babak dan dalam masa sama saya cuba beritahu mereka jenis lakonan yang saya mahukan untuk watak Borhan (Keluang Man).

Manakala bagi Pengarah filem Keluang Man, Anwari Ashraf berkata, Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.

Tambah Anwari lagi, biarpun ramai yang mencadangkan agar premis filem itu dihasilkan menggunakan teknik penceritaan yang lebih gelap dan matang, namun beliau memilih untuk menghormati penceritaan asal oleh penciptanya, Allahyarham Kamn Ismail.

“Bukan bermaksud filem ini tidak matang tetapi saya percaya dengan tone yang dibawa oleh pencipta Keluang Man.

“Saya juga yakin dengan skrip kita dalam membina jalan cerita yang masih membawa tone asal, tetapi dikontemporarikan mengikut kesesuaian masa kini,” ujarnya.

Sebagai teraju utama filem tersebut, Nas-T menyifatkan proses pemilihan yang dilalui adalah antara yang paling sukar, namun teruja apabila terpilih memegang watak tersebut.

“Ia satu proses yang panjang, paling panjang sepanjang karier saya. Ada empat fasa, ramai pelakon yang hebat cuba nasib jadi saya rasa kerdil.

“Sampai sekarang masih tak percaya saya dipilih, terima kasih atas kepercayaan,” katanya.

Turut diumumkan pada majlis pengumuman pelancaran filem dan pengumuman pelakon berlangsung di ibu negara, pada Selasa adalah Remy Ishak yang membawakan watak Shamsir, Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab dan Datuk Rosyam Nor sebagai Ahmad.

SUMBER : AWANI

Previous Post

 15 Pakar Akademik Bidang Ekonomi Perkasakan Fungsi Semak Imbang Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi Parlimen Malaysia

Next Post

Lelaki tular curi kereta dipenjara 12 bulan

Next Post
Lelaki tular curi kereta dipenjara 12 bulan

Lelaki tular curi kereta dipenjara 12 bulan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker