Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Tuesday, March 21, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home

Suara Anak Chow Kit Bangkit!

Atas dasar ekonomi yang semakin menghimpit, para peniaga bundle Chow Kit mengambil inisiatif berpindah ke perniagaan atas talian.

by mykepochi.com
October 21, 2020
3 min read
55 3
0
Suara Anak Chow Kit Bangkit!
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH ZAINAL RASHID AHMAD

Sejak PKP,  lebih 900 ribu peniaga kecil diambang keterpaksaan gulung tikar atau terus tabah kekal bertahan. Berdasarkan angka Kementerian Pembangunan Usahawan, hampir 9% peniaga sudah menutup perniagaan. Baki 90% lagi memiliki modal untuk yang cukup hanya untuk tiga bulan. Sekiranya ekonomi terus kekal melemah, angka gulung tikar akan meningkat dengan mendadak. Hanya 1% peniaga kecil memiliki keupayaan tunai untuk bertahan selama setahun.

Atas dasar ekonomi yang semakin menghimpit, para peniaga bundle Chow Kit mengambil inisiatif berpindah ke perniagaan atas talian.  Dengan semangat ingin bangkit dan membantu peniaga kecil, komuniti peniaga bundle dan vintaj sekitar Chow Kit memulakan Facebook Suara Anak Chow Kit (SAC), ia langkah paling besar untuk mengubah cara berniaga. Tindakan ini nekad. Seperti melemparkan kad terup terakhir, antara melakukan perubahan walaupun mencabar atau mendiamkan diri dan menanti mati.

Selama tiga bulan tanpa sesen pun pendapatan berikutan penutupan premis kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac dan PKP Bersyarat pada 5 Mei – perniagaan di sekitar Chow Kit merudum teruk. Walaupun PKP dilonggarkan secara bersyarat pada 5 Mei, suasana perniagaan tetap tidak berubah. Walaupun premis dibuka, pendapatan menguncup 90%. Suasana di Chow Kit mengalami stigma berganda apabila kawasan Pasar Jalan Raja Bot dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD). Keadaan ini menyebabkan pembeli takut mengunjungi Chow Kit kerana dianggap zon jangkitanCovid-19.

SAC memulakan langkah mengubah cara berniaga. Konsep menanti pembeli di premis bererti tiga bulan yang bakal mendatang akan sama saja seperti tiga bulan yang sudah berlalu. SAC berperanan sebagai platform menyatukan peniagaan dan membentuk koloni jualan langsung Facebook secara berkumpulan. Pengasas bersama Facebook SAC, Omar Ahmad Badawi yang juga pemilik Bundle Karung Guni menyediakan laptop bagi kemudahan suntingan.

“Kami mulakan dengan apa yang ada. Ini paltform untuk membantu rakan-rakan peniaga dan memastikan dalam keadaan tersepit sekarang, bisnes dapat diteruskan,” kata Omar.


“Saya nak dapat RM50 sehari pun susah walaupun kedai dibuka pada 12 tengahari hingga 7 malam,” kata Shahrizal Mat Zain. Sebagai peniaga yang menanggung kos sewa premis RM2,700 sebulan, keadaan ini menjadi beban kepada Shahrizal.

RELATED STORIES

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

December 27, 2022
Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

December 21, 2022

Sebagai peniaga pakaian, kasut, jam dan kacamata terpakai, dengan kejatuhan 90% jualan, Shahrizal akur adalah mustahil dirinya mampu bertahan melebihi tiga bulan lagi.

“Kami segera mencuba jualan secara “live” Facebook SAC pada dua hari sebelum raya dan malam raya pertama dan hasilnya memberangsangkan,” kata Shahrizal. Projek di Depot Gombak bersama 15 rakan peniaga berjaya menjana pendapatan sekitar RM12 ribu melalui pembelian secara “live” atas talian.


“Harapan tetap ada dan di Depot Gombak kami akan berniaga secara berkelompok melalui Facebook,” kata Sharizal. Namun, SAC menyedari mengenai kemerosotan daya beli yang dijangka akan menjunam pada bulan bulan mendatang.

“Apa pun kami mencuba. Kami ada sekitar 20 hingga 50 kawan-kawan yang hidup dengan meniaga pakaian berjenama terpakai,” kata Omar.


SAC sedar, perniagaan atas talian antara opsyen bisnes yang dijangka berkembang pesat dan jalan terbaik apabila sudah tidak mampu menyewa premis di sekitar Kuala Lumpur. Meneruskan perniagaan secara konversatif selepas PKP tidak akan menjamin apa-apa, kerana Covid-19 dijangka menjejaskan ekonomi dunia antara 12 hingga ke 24 bulan akan datang.


Apa yang perlu dilakukan ialah merenung dan menjalankan bisnes dengan berpandukan tips pengasas Amazon, Jeff Bezos. Meneroka konsep jualan di Facebook memerlukan ketabahan kerana bisnes ini bukan menjanjikan kejayaan sekelip mata. Omar dan Shahrizal serta rakan-rakan mengakui peringatan Bezos.

1. Harus percaya aplikasi bisnes digital tidak menjanjikan kejayaan mendadak selagi tidak mendapat kepercayaan pelanggan. Utamakan servis hingga pelanggan yakin platform anda pilihan terbaik.


2. Lakukan operasi digital dengan tekun.


3. Sabar dan terus berusaha mengejar kejayaan.

“Kita mulakan dulu. Jangan tunggu semuanya sempurna baru nak mulakan. Pastikan kos rendah tetapi fokus pada tiga nasihat Bezos,” kata Omar. Walaupun sukar, peniaga kecil tidak wajar mengalah. Walaupun tertekan, hidup mesti diteruskan. Keluarga memerlukan makanan anak-anak perlukan wang persekolahan.


“Walaupun sudah berumur dan terbiasa dengan cara lama, kami sedia beralih ke bisnes cara baharu,” kata Shahrizal.


“Berniaga di Facebook bukan mudah kerana semua orang kini menuju ke arah perniagaan yang sama. Kami kena bersaing dan kreatif dalam menjadikan Facebook SAC unik, memiliki trafik
tinggi dan berdaya jualan,” katanya.

Boleh akses

FB Suara Anak Cokit di : https://www.facebook.com/SuaraAnakCokit/

Sumber:
Zainal Rashid Ahmad
The Malaysian Insight
FB Suara Anak Cokit
Syafiq Azman

 

Suara Anak Cokit

1 of 10
- +
Previous Post

Gelagat Raya Di Perantauan

Next Post

Cintanya Tersumbat Dalam Pembetung, Mayatnya Tenggelam Di Lautan

Next Post
Cintanya Tersumbat Dalam Pembetung, Mayatnya Tenggelam Di Lautan

Cintanya Tersumbat Dalam Pembetung, Mayatnya Tenggelam Di Lautan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • 5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!
  • Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak
  • Pulangnya si Mati & Perang Anak Raja
  • SEMANGAT HEBAT RALPH LAUREN 

Categories

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Resepi
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker