Kepochi
Monday, May 23, 2022
  • Home
  • Inspirasi
  • Refleksi
  • Info
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Sebak Melihat Anak Kecil Berebut Makanan, Irma Hasmie & Diana Amir Proaktif Bantu Anak Yatim

mykepochi.com by mykepochi.com
October 25, 2020
in Hiburan, Info, Inspirasi
14 0
0
Sebak Melihat Anak Kecil Berebut Makanan, Irma Hasmie & Diana Amir Proaktif Bantu Anak Yatim
28
SHARES
213
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“Cabaran hidup anak yatim yang saya temui sewaktu saya mengikuti misi kemanusiaan ke Gaziantep, sempadan Turki bagi menyantuni pelarian Syria di sana sangat menyedihkan. Bayangkan anak kecil kehilangan ibu bapa dan terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik-adik disamping berdepan trauma kehilangan ibu ayah di depan mata dalam serangan dan sebagainya, sukar untuk digambarkan tekanan yang mereka lalui.

“Walaupun berdepan kekangan untuk berkomunikasi tetapi saya tetap cuba untuk bersembang dengan anak-anak ini sebab saya nak sangat tengok mereka senyum dan bermain bersama-sama. Melihat anak-anak ini berebut-rebut untuk makan kentang goreng dan spageti seolah ini kali pertama mereka menjamah makanan sebegitu buat saya rasa terlalu sebak,”

Luah Irma Hasmie

Bagi Diana Amir pula, pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke Bosnia sewaktu mengikuti misi kemanusiaan bersama Islamic Relief Malaysia pada tahun 2018 banyak memberi sumber kekuatan dan dorongan untuknya terus bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan.

“Kehidupan anak yatim dan ibu tunggal yang saya temui sewaktu berkunjung ke Bosnia sangat susah. Bila saya lihat kertas yang anak-anak yatim ini bertulis ucapan “Terima kasih Malaysia” atas sumbangan yang diberikan, saya rasa terharu sangat. Walaupun jauh, walaupun tidak pernah kenal, tetapi bantuan anda sudah sampai dan berjaya menggembirakan anak-anak yatim di sana. Jadi, di sini saya ingin menyeru anda semua jom sama-sama kita kongsi rezeki dan bantu meringankan beban mereka,”

Rayu Diana Amir


Ini bukan kali pertama Irma dan Diana bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan di peringkat global bersama Islamic Relief. Terdahulu, mereka bersama rakan-rakan ikon kemanusiaan yang lain telah melancarkan kempen untuk memberikan bantuan berupa pek makanan Ramadan kepada penduduk di Syria, Bosnia, dan Kosova melalui platform yang serupa. Kempen ini telah berjaya mengumpulkan dana melebihi sasaran awal sebanyak RM35,000 dengan bantuan dan sokongan penyumbang dari dalam dan luar negara. Irma dan Diana turut berkongsi pengalaman menyantuni anak yatim menerusi misi kemanusiaan Syria dan Bosnia bersama Islamic Relief di radio IKIMfm, baru-baru ini.


Selebriti dan Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, Irma Hasmie dan Diana Amir telah mengambil inisiatif melancarkan kempen Sisters Care For Yateem secara atas talian di platform crowdfunding antara terbesar di dunia dari Amerika Syarikat iaitu LaunchGood bagi membantu anak-anak yatim di lebih 20 buah negara termasuk Indonesia, Bosnia & Herzegovina, Palestin, Yemen, dan Somalia.

Kempen yang dijalankan secara berperingkat bermula 28 September sehingga akhir November ini merupakan salah satu usaha untuk menyokong kempen MyYateem #CareForOrphan anjuran Islamic Relief Malaysia. Kempen ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM50,000 bagi membantu kanak-kanak yang menjadi yatim ekoran konflik atau bencana merangkumi bantuan pendidikan, keperluan kesihatan asas, makanan dan nutrisi, serta sokongan psikososial bagi meringankan penderitaan dan bebanan yang mereka alami. Antara projek yang bakal dijalankan adalah projek Alternative Livelihoods for Orphan Family Sponsorship Programme (ALO) bagi memberikan manfaat kepada 175 isi rumah anak yatim di Indonesia.

Irma dan Diana yang masing-masing mempunyai seramai 1 juta pengikut di laman media sosial Instagram berharap semoga inisiatif mereka ini mendapat sokongan semua masyarakat dalam usaha memuliakan martabat anak yatim yang sama statusnya seperti junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

“Sesiapa di luar sana yang sedang rasa terbeban dengan impak pandemik Covid-19 ini, jom sama-sama kita cuba berusaha kongsi rezeki dengan anak-anak yatim yang sedang diuji ini. Mudah-mudahan dengan niat sedekah yang kita hulurkan dengan ikhlas dan juga dengan niat mengasihi anak yatim ini, Allah akan limpahkan lagi rezeki kita, permudahkan segala urusan kita dan mengasihi kita selalu. InshaAllah,”

Doa Irma Hasmie.

Orang ramai yang berminat untuk turut serta menyokong usaha murni Irma dan Diana boleh melakukan sumbangan menerusi platform berikut:

1) Kad kredit/debit (jika anda mengalami kesukaran untuk meneruskan langkah seterusnya, sila hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda untuk pertanyaan lanjut).

2) Nombor akaun CIMB Islamic Relief Malaysia: 8602073818. Sila isikan bahagian butiran pembayaran dengan ‘LG_ICON’ untuk rujukan dan rekod pihak Islamic Relief Malaysia.

3) Bagi akaun bank yang tidak mempunyai bahagian butiran pembayaran, anda boleh hantarkan bukti pembayaran (resit/slip bank) ke aplikasi WhatsApp Islamic Relief Malaysia di +60196379788.

Keadaan masyarakat dunia pada ketika ini sangat membimbangkan, sehingga memaksa ribuan orang melarikan diri dari konflik negara mereka dan memegang status pelarian. Lebih menyedihkan, ramai kanak-kanak menjadi yatim piatu ekoran konflik peperangan, musibah, atau bencana yang mengubah kehidupan mereka dalam sekelip mata. Laporan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menunjukkan lebih separuh daripada pelarian dunia adalah dalam kalangan kanak-kanak. Jumlah anak yatim di seluruh dunia tanpa salah satu atau kedua-dua ibu bapa adalah seramai 153 juta.

Ada dalam kalangan mereka yang memiliki sejarah hitam menyaksikan sendiri kematian ibu bapa mereka, sekaligus memaksa mereka berjuang bersendirian di usia yang masih muda untuk kekal bertahan dalam kancah peperangan, bencana, kemarau, kebuluran, atau wabak penyakit. Semoga dengan keprihatinan rakyat Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu memberikan senyuman keceriaan kepada mereka dalam menjamin masa depan yang lebih cerah. Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai kempen ini dan proses gerak kerja bantuan yang telah disalurkan, anda boleh mengunjungi laman sosial Irma Hasmie, Diana Amir, dan Islamic Relief Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sebak Melihat Anak Kecil Berebut Makanan, Irma Hasmie & Diana Amir Proaktif Bantu Anak Yatim

Sumber : Islamic Relief Malaysia

Previous Post

‘Screenwriter’ Wanita Malaysia Pertama Filem Animasi Disney!

Next Post

Menyebarkan Mahabbah Kepada Rasulullah, TV Alhijrah Tekad dengan Hijrah Berselawat dan ‘Muhammad’

Next Post
Menyebarkan Mahabbah Kepada Rasulullah, TV Alhijrah Tekad dengan Hijrah Berselawat dan ‘Muhammad’

Menyebarkan Mahabbah Kepada Rasulullah, TV Alhijrah Tekad dengan Hijrah Berselawat dan 'Muhammad'

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Artikel Terkini

  • Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!
  • DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022
  • Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?
  • “The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome
  • Bersalahkah Iqbal?
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

April 16, 2022
Dinosaur Serang Zoo Melaka! 5 Sebab Anda Kena Pergi!

Dinosaur Serang Zoo Melaka! 5 Sebab Anda Kena Pergi!

February 6, 2022
Jangan musnahkan keluarga saya: To’ki

Jangan musnahkan keluarga saya: To’ki

October 21, 2020
Penyanyi To’ki ketua kongsi gelap?

Penyanyi To’ki ketua kongsi gelap?

October 21, 2020
Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

April 16, 2022
DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

February 23, 2022
Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?

Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?

February 17, 2022
“The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome

“The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome

February 16, 2022

Facebook

Kepochi

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

www.mykepochi.com

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Jalan-Jalan
  • Karya
  • Kesihatan
  • Lawak
  • Makan-makan
  • Refleksi
  • Resepi
  • Uncategorized
  • Home
  • Inspirasi
  • Refleksi
  • Info
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2020 MYKEPOCHI - It's good to be Kepochi.

No Result
View All Result
  • Home
  • Inspirasi
  • Refleksi
  • Info
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2020 MYKEPOCHI - It's good to be Kepochi.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist