Baru-baru ini Malaysia dihujani dengan berita beberapa orang pemimpin UMNO sah positif COVID-19 selepas berkempen di Sabah.
Sayangnya, virus ini tidak mengenal siapa dan dimana kita berada. Kalau nak kena, kena juga walaupun anda telah berusaha keras untuk elak dari wabak berbahaya ini.
Terbaru, Menteri Agama Dr.Zulkilfli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19. Pengakuan tersebut dibuat menerusia laman twitter miliknya.
Dalam pada masa sama juga, beliau meminta orang ramai yang menghadiri mana-mana majlis yang melibatkan kehadiran dirinya pada 24 September sehingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan COVID-19.
Semoga Dr. Zul sembuh selepas menjalani rawatan. Sama-sama kita doakan.
Sumber: twitter