Seorang remaja lelaki parah di bahagian perut akibat tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang diparkir di Kilometer 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas jambatan Pulau Setelu, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang juga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara tertusuk buluh sepanjang dua meter yang dibawa pacuan empat roda berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gua Musang oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
“Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan untuk pergi memancing dan sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa merempuh belakang sebuah pacuan empat roda membawa muatan buluh yang diparkir di tepi jalan.
“Sebatang buluh berukuran dua meter tertikam menembusi perut mangsa dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke HSIP untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa kemudian beliau dikejarkan ke Hospital Gua Musang oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
“Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan untuk pergi memancing dan sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa merempuh belakang sebuah pacuan empat roda membawa muatan buluh yang diparkir di tepi jalan.
“Sebatang buluh berukuran dua meter tertikam menembusi perut mangsa dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke HSIP untuk rawatan lanjut.
Bapa saudara mangsa, Mohd Saiful Azman Jaafar, 29, berkata Mohammad Ammar kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan lebih dua jam.
Walau bagaimanapun, anak saudaranya itu perlu pemeriksaan secara berterusan kerana dibimbangi masih ada serpihan buluh pada perutnya, jelasnya lagi.
“Waktu saya melawat pagi tadi, Mohammad Ammar masih tidur mungkin kesan ubat bius belum hilang.
“Mengikut kata doktor, Mohammad Ammar perlu menjalani pemeriksaan berkala kerana dibimbangi serpihan buluh masih berada di dalam perutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa anak saudaranya itu 9.50 malam.
“Ada orang datang rumah memaklumkan kejadian, saya bergegas ke tempat kejadian dan membawanya ke Hospital Gua Musang.
“Ketika dalam perjalanan dia mengadu sakit.
“Saya harap orang ramai dapat doakan kesembuhan anak saudara saya,” ujarnya.
Jelasnya lagi, Mohammad Ammar tinggal bersama datuk dan neneknya yang membesarkannya sejak kecil kerana dia kematian ibu ketika berusia 10 bulan.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official