Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Wednesday, June 4, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Agama

Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam

by Team Kepochi
March 25, 2024
2 min read
7 0
0
Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam
Share on FacebookShare on Twitter

Kedudukan saf yang tidak sama ketika menunaikan solat berjemaah merupakan salah satu kejahilan yang merugikan kerana saf yang betul amat dituntut di dalam solat berjemaah sama ada solat fardu atau sunat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, kejahilan sering merugikan dan disebabkan itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.

Menurutnya, dengan ilmu, seseorang akan hidup bahagia di dunia dan akhirat. “Dari sudut akidah, seseorang Muslim dikehendaki mempercayai kepada rukun-rukun iman serta dalil-dalilnya walaupun secara umum. Contohnya dalil kepada wujudnya ALLAH SWT ialah baharunya alam.

RELATED STORIES

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

March 13, 2025
Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

March 13, 2025

“Sementara dari sudut ibadat pula, seseorang perlu mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun solat, puasa serta apa juga yang membatalkan ibadah,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Baru-baru ini tular isu jemaah perempuan di sebuah masjid yang enggan merapatkan saf mereka dan solat secara berkelompok.

Ada yang memenuhi saf hadapan, ada pula berada di sebelah kanan dan kiri selain berkelompok di beberapa bahagian lain.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, terdapat beberapa hadis yang memerintahkan umat Islam menyamakan saf ketika solat berjemaah.

Oleh itu katanya, terdapat beberapa ulama yang berpandangan bahawa menyamakan saf dan merapatkannya adalah wajib namun majoriti ulama berpendapat bahawa tindakan itu hanya sunat manakala meninggalkannya adalah makruh.

“Ini adalah kerana dalam hadis dinyatakan bahawa saf yang sama adalah termasuk di dalam kesempurnaan solat tetapi tidak membatalkannya.

“Bagaimanapun, Rasulullah SAW ialah suri teladan bagi umat Islam sama ada lelaki atau wanita. Oleh itu, amat wajar untuk kita mengikut sunah Baginda Rasul dalam setiap bidang kehidupan terutamanya dalam ibadat,” katanya.

Jelas beliau lagi, seruan imam setiap kali hendak memulakan solat jemaah adalah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berbuat demikian setiap kali Baginda mengimamkan solat.

“Setiap kali hendak memulakan solat berjemaah, imam sering menyeru para makmum supaya menyamakan saf serta merapatkannya.

“Tetapi seruan ini memerlukan kepada telinga yang mendengar dan hati yang patuh,” katanya lagi.

Wan Salim turut menasihatkan umat Islam supaya sentiasa meluruskan serta merapatkan saf ketika menunaikan solat berjemaah termasuk solat sunat tarawih di bulan Ramadan ini supaya mendapat pahala yang maksimum.

“Menyama dan merapatkan saf tidak wajar diabaikan kecuali di dalam keadaan terpaksa seperti untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Ketika COVID-19 melanda dunia sebelum ini, umat Islam dikehendaki mematuhi arahan pihak kerajaan supaya melakukan penjarakan fizikal ketika menunaikan solat berjemaah.

“Setelah keadaan kembali normal, maka kita sepatutnya menyamakan saf dan merapatkannya semula seperti sedia kala. Semoga segala ibadat yang kita lakukan di bulan Ramadan yang mulia ini diterima oleh ALLAH SWT dan mendapat pahala lumayan sebagaimana dijanjikan olehNya,” katanya. – Sinar Harian

Previous Post

Teka Teki Sempoi, Dari Hati Ke Hati & Loghat Orang Melaka | Kepoh Now! 01

Next Post

Sijil Halal Produk Allagappa’s Ditarik? Ini Sebabnya

Next Post
Sijil Halal Produk Allagappa’s Ditarik? Ini Sebabnya

Sijil Halal Produk Allagappa’s Ditarik? Ini Sebabnya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
  • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker