Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Wednesday, July 2, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Penipuan dalam Talian

by Myra Hamdi
June 7, 2023
2 min read
4 0
0
Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Penipuan dalam Talian
Share on FacebookShare on Twitter

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan secara dalam talian hasil serbuan ke atas sebuah premis yang digunakan sebagai pusat panggilan di Taman Semanja, Kajang semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi di premis tersebut lebih kurang dua bulan dan jumlah kerugian mangsa sindiket ini masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan.

Seramai 16 ahli sindiket warga tempatan termasuk enam wanita, berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun ditahan.

RELATED STORIES

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?

June 29, 2025
Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong

June 7, 2025

Ahli sindiket yang ditangkap adalah pekerja di pusat panggilan tersebut yang menggunakan media sosial dan rangkaian Internet bagi mencari mangsa dengan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan pendingin hawa, mesin basuh, kusyen kereta dan pembantu rumah yang tidak wujud menerusi Facebook.

Polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk aktiviti jenayah itu termasuk lapan unit komputer riba, 43 telefon bimbit, dua unit ‘router’ Internet dan sebuah buku nota.

“Mangsa yang berminat dengan perkhidmatan ditawarkan akan diminta untuk memuat turun Android Package Kit (APK) daripada pautan http://getsservice3vmi8z62.top/untuk tujuan tempahan perkhidmatan dengan membayar wang deposit,” katanya.

Hussein berkata apabila mangsa mengisi butiran peribadi serta maklumat perbankan untuk tujuan membuat bayaran deposit melalui pautan tersebut, mangsa sebenarnya telah mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada pihak sindiket yang menggunakan kaedah ‘phishing’.

“Setelah mendapat maklumat peribadi dan perbankan mangsa, pihak sindiket akan memindahkan wang daripada akaun bank mangsa ke akaun bank yang dikawal oleh sindiket tanpa disedari oleh mangsa. Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila mendapati baki wang di dalam akaun bank mereka berkurang,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam memuat naik apa-apa pautan yang diperoleh daripada iklan di media sosial atau pihak tidak dikenali.

-BERNAMA

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Operasi SAR Hawari Ditamatkan Sehari Awal

Next Post

JDT sambar lagi dua prospek cilik

Next Post
JDT sambar lagi dua prospek cilik

JDT sambar lagi dua prospek cilik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker