Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, May 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Sukan

Pocket Rocketman melepaskan peluang peroleh pingat, utamakan pemulihan kesihatan

by Team Kepochi
February 5, 2024
2 min read
5 0
0
Pocket Rocketman melepaskan peluang peroleh pingat, utamakan pemulihan kesihatan
Share on FacebookShare on Twitter

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memilih untuk melepaskan peluang untuk menambah kilauan pingat pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia hari ini apabila terpaksa menarik diri daripada acara pecut akibat simptom perikarditis.

Atlet berusia 36 tahun itu terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, selepas mengalami simptom itu usai pusingan separuh akhir.

Pocket Rocketman itu, yang merangkul emas dalam acara kegemarannya keirin semalam, berkata beliau dinasihati supaya menarik diri bagi mengelakkan terlalu membebani jantungnya. “Meskipun (berdepan) cabaran-cabaran ini, ia adalah hari yang produktif selepas perlumbaan keirin semalam dan saya berikan yang terbaik dalam pecut hari ini. Saya berterima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua pihak dan saya minta maaf kerana tidak dapat menghabiskan perlumbaan.

RELATED STORIES

2 Pertahanan Terbaik Bola Sepak Malaysia Ketika Ini

2 Pertahanan Terbaik Bola Sepak Malaysia Ketika Ini

February 27, 2025
Faisal Halim Bangkit: Anugerah Sultan Selangor Jadi Pemangkin Semangat

Faisal Halim Bangkit: Anugerah Sultan Selangor Jadi Pemangkin Semangat

December 12, 2024

“Sekarang, fokus saya adalah pada pemulihan dan saya akan kembali berlatih secepat mungkin sebaik sahaja saya cergas semula. Terima kasih semua kerana memahami dan memberi galakan,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial.

Perikardirtis ialah radang tisu perikardium (selaput berisi cairan yang menyelaputi jantung) yang menyebabkan kesakitan pada dada.

Beliau yang menewaskan Jack Carlin dari Britain dalam suku akhir, terlepas peluang ke final selepas diketepikan atlet Australia Matthew Richardson pada peringkat peringkat seterusnya.

Juara Sukan Asia Hangzhou Kaiya Ota dari Jepun meraih emas selepas menumpaskan Richardson dalam pusingan akhir.

Seorang lagi wakil negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang mengalami kecederaan susulan kemalangan ketika latihan pada 23 Jan lepas, tersingkir pada pusingan kelayakan selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-32 dengan catatan masa 10.150 saat. (Hanya 28 terbaik mara ke pusingan seterusnya).

Sementara itu, Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terkandas sekadar di pusingan pertama dalam acara keirin wanita.

Previous Post

Orang ramai dipelawa sertai perarakan perpaduan di ibu kota

Next Post

KKM bakal ambil tindakan penjualan ‘energy stick’

Next Post
KKM bakal ambil tindakan penjualan ‘energy stick’

KKM bakal ambil tindakan penjualan ‘energy stick’

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker