Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Friday, March 24, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Penghapusan Etnik Bosnia & Herzegovina

by mykepochi.com
October 21, 2020
3 min read
26 1
0
https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia/videos/-25-tahun-tragedi-srebrenica-meski-luka-lama-itu-sudah-di-rawat-namun-mimpi-nger/1575810099255160/
Share on FacebookShare on Twitter

25 Tahun Berlalunya Sejarah Hitam Pembunuhan Beramai-Ramai di Srebrenica, Bosnia

11 Julai adalah tarikh keramat yang sentiasa akan terpahat di hati penduduk Muslim Bosnia meski sejarah hitam yang berlaku meninggalkan trauma yang mendalam. 

Sejarah hitam penghapusan etnik yang berlaku di Bosnia & Herzegovina 25 tahun lalu, masih segar dalam ingatan penduduk Muslim negara itu. Saki baki kekejaman konflik juga masih boleh dilihat menerusi tinggalan bangunan musnah.

Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia sedang menyantuni penerima manfaat di Bosnia ketika menjalani misi kemanusiaan ke negara itu pada tahun 2015.

Kehidupan masyarakat Muslim di Bosnia sangat mencabar meskipun peperangan sudah tiada. Hal ini turut di akui oleh Hazim Turanovic, 71 tahun yang tinggal di bandar Livno, Bosnia Herzegovina.

RELATED STORIES

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

December 27, 2022
Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

December 21, 2022
Menantu Hazim Turanovic menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief.

Katanya, “Etnik Crotia merupakan penduduk majoriti di Livno. Jadi, kebajikan dan hak masyarakat Muslim seperti kami sering diketepikan.

“Setiap kali berurusan, soalan pertama mereka akan tanya kamu daripada etnik mana dan siapa nama kamu? Apabila mereka mengetahui kami bukan daripada kalangan mereka, proses urusan akan sengaja dilambat-lambatkan dan akhirnya permohonan kami akan ditolak.

“Hari-hari yang kami jalani terasa seperti berpuasa meskipun bukan di bulan Ramadan kerana kami sentiasa menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan. Harga barang dan perkhidmatan di sini semuanya mahal. Duit yang ada banyak digunakan untuk menanggung kos rawatan perubatan.”

 

Ratusan ribu nyawa direkodkan terkorban dalam siri peperangan yang tercetus antara tahun 1992 hingga 1995 mengakibatkan 1 daripada 4 wanita terpaksa menjadi ibu tunggal dan menggalas tanggungjawab ketua keluarga sendirian.

Bukan senang untuk bangkit semula selepas trauma yang dilalui namun kehidupan masih diteruskan demi anak dan waris yang tinggal.

“Saya dan abang dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU). Ayah saya mengalami masalah kemurungan dan disahkan menghidapi gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) serta penyakit mental.

“Ibu juga mengalami tekanan perasaan kerana sejarah lalu. Kesusahan dan penderitaan hidup ketika ini pula menambahkan lagi tekanan sedia ada.

“Kami hanya bergantung hidup atas bantuan kerajaan dan hasil pendapatan ibu yang bekerja dengan menjual barangan terpakai. Meskipun ibu tahu anak-anaknya memerlukan nutrisi makanan yang baik untuk menguatkan sistem imunisasi badan untuk mengelakkan kami daripada mudah jatuh sakit, tetapi apa kan daya ibu tidak mampu untuk menanggungnya sendirian.

Sabahudin menerima sumbangan daging Qurban daripada Islamic Relief.

“Sukar dan jarang sekali kami dapat menjamah makanan berprotein seperti daging. Mujur, saya dan abang terpilih sebagai penerima bantuan sumbangan daging qurban bagi warga OKU yang dijalankan Islamic Relief. Jadi, dapatlah kami menjamah daging ketika hari raya Aidiladha. Sedikit tapi cukup memadai buat kami,” ujar Sabahudin Barcic, 30 tahun yang tinggal di Tuzla, Bosnia.

Sabahudin dan ibunya gembira kerana tersenarai sebagai salah seorang penerima manfaat sumbangan daging qurban daripada Islamic Relief.

Sabahudin antara ratusan ribu lagi penduduk Islam di dunia yang bergantung harap dan menanti dengan penuh pengharapan untuk merasai nikmat juadah daging sekali dalam setahun.

Diana Amir, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia sedang beramah mesra dengan anak yatim Bosnia ketika misi kemanusiaan pada tahun 2018.

Sempena sambutan perayaan Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi, marilah sama-sama kita kita mengakhiri penantian mereka untuk tahun ini dengan menyertai kempen Qurbani Untukmu bersama Islamic Relief Malaysia. Semoga ada bahagian kebaikan buat kita di syurga nanti. Layari www.islamic-relief.org.my untuk maklumat lanjut.

Sumber :Facebook Islamic Relief Malaysia

 –  Penghapusan Etnik Bosnia Herzegovina
Previous Post

Nama-Nama Allah Yang Boleh Kita Amalkan

Next Post

Lagi Kejadian Kucing Dibunuh di Mesin Dobi

Next Post
Lagi Kejadian Kucing Dibunuh di Mesin Dobi

Lagi Kejadian Kucing Dibunuh di Mesin Dobi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • 5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!
  • Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak
  • Pulangnya si Mati & Perang Anak Raja
  • SEMANGAT HEBAT RALPH LAUREN 

Categories

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Resepi
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker