Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa..
Ayah, papa, daddy, abi, bapak atau apa sekalipun kita gelarkan seorang ayah, ayah tetap ayah. Bertuah kan kita sebab selain ibu, dialah insan yang benar-benar menyayangi kita tanpa memperoleh sebarang balasan pun. Tiada apapun yang diminta oleh seorang bapa. Keikhlasan membesarkan kita dengan penuh susah dan kepayahan.
Oleh itu :
1) Hendaklah kita memuliakan mereka
2) Bersalaman dan mencium tangan mereka sebagai tanda kasih dan hormat
3) Menjaga adab ketika bercakap dengan mereka
4) Menyahut panggilan mereka tanpa melengah-lengahkannya
5) Sentiasa berusaha menggembirakan mereka
6) Menjaga harta mereka
7) Tidak mencaci dan meninggikan suara terhadap mereka
8) Tidak mendahului mereka dalam segala hal
9) Tidak duduk di tempat tinggi daripada mereka
10) Sentiasa meminta izin dan pandangan mereka mengenai sesuatu hal
11) Menghormati sahabat-sahabat mereka
12) Tidak berlebih-lebih dalam memuliakan isteri (khusus bagi yang bergelar suami)
13) Memperbanyakkan doa kepada mereka
Wahai anak, rebutlah kesempatan yang masih Allah berikan pada kita hari ini. Hargailah mereka, sayangi mereka dan mohonlah ampun maaf atas segala salah silap kita selama ini. Semoga dengan doa dan restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dalam golongan insan yang berbahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Kerna sesungguhnya, redha Allah swt itu datangnya jua daripada redha ayah dan ibu.
Abdullah bin Amru berkata, Rasulullah SAW bersabda: Keredaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredaan ibu bapanya. Dan kemurkaan Allah adalah bergantung kepada kemurkaan ibu bapanya.” (Hadis al-Tirmizi).
‘Ya Allah,ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku.. Rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mengasihiku sejak kecil..’ Amin..~
Sumber teks : Dari Jemari Wardatul Asfar