Bermula 15 Jun 2023, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendapatkan rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut di Klinik Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani.
Melalui perkongsian di laman rasmi twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rawatan pesakit luar kes-kes akut tidak terhad kepada beberapa jenis kes. Antaranya adalah demam dan selsema, cirit-birit dan muntah, terseliuh, sakit kepala serta trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
Inisiatif yang diberikan ini akan tamat tempoh sehingga 31 Disember 2023, malah nilai rawatan yang diberikan terbahagi kepada tiga golongan iaitu bujang RM 75, berkeluarga RM 250 dan warga emas RM 125.
Anda boleh menyemak kelayakan dan senarai klinik di laman https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/
Sumber : KKM
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official