Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Saturday, September 30, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Pemandu lori bertengkar guna parang ditahan

by Myra Hamdi
July 10, 2023
2 min read
4 0
0
Pemandu lori bertengkar guna parang ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Polis menahan seorang pemandu lori berusia 35 tahun susulan video pertengkaran membabitkan suspek memegang parang dengan seorang individu tular di media sosial baru-baru ini.

Melalui video yang tular itu, dapat dilihat lelaki terbabit memegang parang sambil dileraikan oleh orang awam ketika pertengkaran berlaku dengan seorang pemandu lain.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun, baru-baru ini.

RELATED STORIES

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

September 29, 2023
Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

September 29, 2023

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya mengesan kejadian itu melalui video yang ditular di media sosial Facebook (FB) pada jam 10 malam semalam berhubung pertengkaran membabitkan dua lelaki.

“Anggota Task Force Balai Polis Gurun dikerah ke lokasi dan menemubual pengurus stesen minyak yang memaklumkan kejadian berlaku pada 7.40 malam, 1 Julai lalu.

“Siasatan juga mendapati, pada jam 6.15 petang 1 Julai lalu, sewaktu suspek memandu lori keluar dari Hentian Bukit Kobah, Pendang (Lebuhraya Utara-Selatan), berlaku perselisihan faham antara dia dengan seorang lelaki yang memandu sebuah Ford Ranger.

“Ianya tercetus apabila pemandu Ford Ranger terbabit membunyikan hon kepada pemandu lori terbabit sehingga menyebabkan perselisihan faham antara mereka berterusan ke lokasi kejadian,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Zaidy berkata, lelaki itu menyatakan yang dia diugut oleh pemandu Ford Ranger itu hingga menyebabkan dia mengeluarkan sebilah parang yang disimpan dalam lorinya.

Kemudian, pemandu lori itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Gurun pada jam 5.14 petang semalam.

“Berikutan itu, suspek ditahan jam 8.30 malam tadi untuk membantu siasatan.

“Usaha mengesan dan menahan pemandu Ford Ranger itu masih diteruskan.

“Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pemandu Ford Ranger berkenaan atau saksi kejadian boleh menghubungi Inspektor Sabri Salamat di talian 014-6727927,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya (ABKLSB) 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Bayi 17 bulan maut digilis 4×4

Next Post

Wanita 60-an ditangkap, suspek simbah asid

Next Post
Wanita 60-an ditangkap, suspek simbah asid

Wanita 60-an ditangkap, suspek simbah asid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah
  • Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini
  • Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah
  • PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker