Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Monday, December 4, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Pelancaran Rangkaian Sistem Pembayaran Masa Nyata Rentas Sempadan antara Malaysia dengan Singapura

by Myra Hamdi
November 21, 2023
3 min read
4 0
0
Pelancaran Rangkaian Sistem Pembayaran Masa Nyata Rentas Sempadan antara Malaysia dengan Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) telah bersama-sama melancarkan jalinan sistem pembayaran masa nyata antara DuitNow Malaysia dengan PayNow Singapura. Inisiatif ini merupakan susulan kepada jalinan pembayaran kod QR yang diumumkan pada 31 Mac 2023 yang membolehkan pembayaran QR rentas sempadan digunakan oleh peniaga. 

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dan Pengarah Urusan MAS, Encik Ravi Menon merasmikan pelancaran itu dengan membuat pemindahan dana rentas sempadan secara langsung antara satu sama lain di Festival FinTech Singapura pada hari ini.

Jalinan DuitNow-PayNow membolehkan pemindahan dana P2P antara dua negara tersebut dibuat dengan serta-merta, selamat dan berkesan dari segi kos. 

RELATED STORIES

Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai

Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai

December 4, 2023
Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT

Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT

December 2, 2023

Jalinan sistem pembayaran masa nyata ini juga merupakan sistem pertama yang membolehkan penyertaan institusi kewangan bukan bank dari kedua-dua negara untuk memberikan akses kepada kumpulan pengguna yang lebih meluas.

Pengguna institusi kewangan peserta kini boleh menghantar dan menerima dana hingga RM3,000 atau S$1,000 setiap hari dengan menggunakan nombor telefon mudah alih atau VPA penerima.

Bagi pengguna di Malaysia, perkhidmatan ini akan boleh digunakan oleh semua pengguna Maybank, CIMB dan TNG Digital terlebih dahulu, manakala institusi kewangan lain akan turut serta secara berperingkat kemudian.

Bagi Singapura, perkhidmatan ini akan disediakan kepada pelanggan Liquid Group, Maybank Singapura, OCBC dan UOB secara berfasa. Institusi-institusi tersebut akan meningkatkan bilangan kumpulan pengguna yang layak secara berperingkat mulai hari ini hingga akhir bulan Januari 2024.

Langkah ini adalah untuk membolehkan pelanggan membiasakan diri dengan perkhidmatan tersebut.

Jalinan DuitNow-PayNow adalah hasil kerjasama yang erat antara bank pusat, pengendali sistem pembayaran, pemilik skim dan institusi kewangan peserta di kedua-dua negara.

Kerjasama ini merupakan pencapaian penting dalam usaha menambah baik kos, kepantasan, akses dan ketelusan pembayaran rentas sempadan.

Pengguna kedua-dua negara akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan dengan kos yang lebih rendah, menyeluruh dan mudah diakses.

Jalinan ini juga sejajar dengan objektif ASEAN Payment Connectivity Initiative dan G20 Roadmap for Enhancing Cross-border Payments. Pada tahun 2022, transaksi P2P dan pengiriman wang antara dua negara ini berjumlah RM7.8 bilion/S$2.3 bilion.

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, “Pembayaran rentas sempadan yang cepat, selamat dan menjimatkan kos boleh memberikan manfaat yang besar terutama kepada individu dan perniagaan kecil di negara-negara yang mempunyai hubungan ekonomi yang erat seperti Malaysia dan Singapura.

Jalinan DuitNow-PayNow membolehkan kami meraih manfaat ini ke arah pertumbuhan dan kemakmuran bersama, sambil meletakkan asas bagi rangkaian pembayaran rentas sempadan yang boleh diperluas merentasi dan melangkaui rantau ASEAN.”

Pengarah Urusan MAS, Encik Ravi Menon berkata, “Jalinan PayNow-DuitNow adalah kemuncak aspirasi bersama oleh Singapura dan Malaysia untuk memudahkan pembayaran rentas sempadan antara kedua-dua negara. Jalinan ini melambangkan satu lagi langkah ke arah mencapai visi ASEAN untuk kesalinghubungan pembayaran serantau.”

1. Alamat Pembayaran Maya ialah pengenal pasti yang digunakan oleh institusi kewangan bukan bank Singapura yang dikaitkan secara unik dengan akaun bank seseorang. Contoh VPA LiquidPay ialah +651234567#XNAP.

2. Peserta Malaysia terdiri daripada CIMB Bank Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad dan TNG Digital Sdn. Bhd. (institusi kewangan bukan bank). Peserta Singapura terdiri daripada Liquid Group (institusi kewangan bukan bank), Maybank Singapura, OCBC dan UOB. Hong Leong Bank Berhad Malaysia dan DBS Singapura akan menyertai jalinan ini kemudian.

3. Bagi pengguna TNG Digital, perkhidmatan ini akan ditawarkan secara berperingkat. Perkhidmatan penghantaran wang keluar (iaitu Malaysia ke Singapura) akan tersedia sekarang manakala perkhidmatan penerimaan wang masuk (iaitu Singapura ke Malaysia) akan ditawarkan pada bulan Disember 2023.

4. Payments Network Malaysia dan Banking Computer Services Pte. Ltd. bagi Singapura.

Previous Post

Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik, penyakit tibi bukan wabak dan masih terkawal-Dr. Zaliha

Next Post

Pembaharuan Ekonomi MADANI meningkatkan asas pertumbuhan Malaysia

Next Post
Pembaharuan Ekonomi MADANI meningkatkan asas pertumbuhan Malaysia

Pembaharuan Ekonomi MADANI meningkatkan asas pertumbuhan Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai
  • Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT
  • Lima Kes Baharu Positif Cacar Monyet Dikesan-KKM
  • RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker