Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, May 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Pegawai kanan polis didakwa hari ini

by Team Kepochi
December 18, 2023
2 min read
6 0
0
Pegawai kanan polis didakwa hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pegawai kanan polis yang disyaki melanggar pelajar sekolah menengah hingga maut akan didakwa Mahkamah Majistret Ipoh, pagi ini.

Jabatan Peguam Negara menyatakan, suspek yang juga berusia 44 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemuka dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan terhadap suspek.

RELATED STORIES

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

May 12, 2025
Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

May 11, 2025

“Suspek akan dituduh secara tentatif mengikut Seksyen 302 di Mahkamah Majistret, Ipoh, pada Isnin 18 Disember 2023. Mahkamah Majistret kemudian akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan,” katanya.

Jabatan Peguam Negara merujuk kepada kes kemalangan yang berlaku Khamis lalu, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, di Ipoh membabitkan sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis dan motosikal ditunggang seorang pelajar yang maut dalam kejadian terbabit.

Penunggang motosikal, iaitu remaja berusia 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian ialah kecederaan di bahagian dada dan abdomen.

Sementara itu, keluarga Muhammad Zaharif melantik peguam bagi memastikan siasatan dan perbicaraan kes itu dijalankan secara telus. 

Bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, berkata tujuan keluarganya melantik firma guaman itu juga untuk memastikan nasib Allahyarham Muhammad Zaharif terbela.

“Saya lantik peguam ini tujuan saya, saya nak keadilan yang telus sebab saya tahu, kita sekarang sedang berurusan dengan Polis Diraja Malaysia.

“Jadi, saya nak keadilan supaya nasib anak saya terbela, supaya ia telus dan tiada selindung-selindung. Itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata, pihaknya dilantik keluarga tersebut untuk melihat dua perkara iaitu memastikan siasatan yang dibuat telus serta memperhalusi tindakan sivil terhadap suspek serta pihak yang terlibat supaya diambil tindakan, termasuk kerajaan dan polis.

“Setakat ini, apa yang kami buat untuk mengumpul segala bahan bukti yang ada dan melihat kembali semua video-video yang dihadapkan kepada kami dan juga mengumpul setiap saksi yang berada di tempat tersebut,” katanya -BH.

Previous Post

Nikah Sirri, Sah atau Tidak?

Next Post

Afdlin Shauki Pengerusi Baru FDAM

Next Post
Afdlin Shauki Pengerusi Baru FDAM

Afdlin Shauki Pengerusi Baru FDAM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker