Saiz ekonomi Palestin ialah 19.11 Bilion USD dengan pendapatan per kapita 3,789 USD. Kadar inflasi pada 2022 ialah 3.74%
Kebanyakan pendapatan Palestin adalah dari bantuan luar negara kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang diketuai Parti Fatah dan Pemerintah Gaza iaitu Parti Hamas. Hanya PA sahaja diiktiraf kebanyakan negara di dunia termasuk US dan Israel sebagai pemerintah Palestin yang sah dan bukannya Hamas. Jadi kebanyakan derma bantuan luar negara adalah kepada PA. Tapi ada jugak pihak Hamas dapat bantuan dari luar negara
Pendapatan utama Palestin ialah dari pelancongan (Sebab Masjid Al Aqsa dan Baitul Maqdis). 39.2% pekerja bekerja dengan PA dengan purata gaji 29 USD sehari
Sektor Pembinaan, Pengeluaran dan Pertanian(Pokok Zaitun antaranya). Mereka juga mahir dalam memotong Batu. Kebanyakan mereka bekerja dalam sektor berkenaan di Israel dengan permit
Sumber pendapatan lain ialah derma dari orang kaya Palestin di luar negara
Sumbangan material dari Mesir seperti barangan keperluan harian, makanan, bahan api dan kenderaan terutama untuk Gaza
Sumbangan dari Negara Arab juga membantu ekonomi Palestin dan Gaza Antaranya Qatar yang menderma ratusan Juta USD sebulan sejak 2014. Pernah suatu ketika Qatar menderma 30 Juta USD sebulan kepada Gaza untuk membantu keluarga di Gaza yang terjejas dan membayar kos loji janakuasa bagi memastikan Gaza ada elektrik. 100 USD diberikan kepada keluarga termiskin di Gaza .
100 Juta USD setahun turut diberikan kepada Hamas oleh Iran
Pendapatan lain Cukai Pembebasan Palestin sebanyak 5% untuk rakyat berkemampuan
Pendapatan dari Derma PBB(UNRWA), EU dan US. US merupakan penderma terbesar dengan menderma kepada Palestin sebanyak 338 Juta USD pada 2021 dan 344 Juta USD pada 2022 menerusi UNRWA. UNRWA mendapat derma 1.17 Bilion USD untuk diagihkan kepada Palestin dalam bentuk bantuan kemanusiaan , pendidikan dan kebajikan
Caj perlindungan untuk syarikat luar negara di Palestin
Hamas sendiri mempunyai dana pelaburan bernilai 500 Juta USD untuk pelbagai syarikat di luar negara dari Türkiye ke Arab Saudi. Mereka juga banyak berdagang menggunakan mata wang Kripto bagi mengelakkan dikesan dan dirampas Israel
Namun ia masih belum mencukupi kerana saiz ekonomi tidak cukup untuk menampung keperluan tempatan kerana gangguan Israel yang berterusan
Sebagai contoh
80% penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan tegar maklum PBB. Kadar pengangguran di Gaza ialah 47%
24.7% kadar pengangguran di seluruh Palestin (Tebing Barat dan Gaza) pada Suku Kedua 2023)
Kadar purata gaji di Gaza ialah 207 USD dan di Tebing Barat 327 USD. 79% pekerja swasta Palestin hanya dpt kurang dari 440 USD sebulan atau 11 USD sehari
Tidak termasuk ribuan pokok Zaitun yang menjadi sumber kewangan dan keselamatan makanan kepada Palestin musnah ditebang Israel