Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Tuesday, March 21, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

Pak Anjang Pecinta Sungai Dan Alam Hijau

by Zainal Rashid Ahmad
October 21, 2020
3 min read
47 4
0
Pak Anjang Pecinta Sungai Dan Alam Hijau
Share on FacebookShare on Twitter

RELATED STORIES

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!

December 27, 2022
Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak

December 21, 2022


Pak Anjang anak rantau dari Batu Kurau dan meneroka tanah di kawasan Alang Sendayu, Gombak sejak 1982.

Sebagai anak rantau dan bekerja menjadi pengawal keselamatan ketika usia 18 tahun – Pak Anjang terpaksa membina rumah pondok di pinggir hutan simpan Klang Gates.

Itu sejarah 38 tahun lalu. Namun, kesan berada di pinggir hutan dan berdekatan sungai membekas dalam hatinya.

Klang Gates hingga kini menjadi sebahagian dunianya.

Memulakan kerja sebagai pengawal keselamatan, sejak lama dulu- hutan simpan Alang Sendayu telah menjadi sumber rezeki tambahan.

Dari bujang sampai berkahwin dan beranak cucu, hutan simpan ini kini sudah sebati dengan hidupnya. Malah, menjadi kecintaannya.

“Saya meneroka kawasan belukar dan membina rumah pada awal 80-an berdekatan kawasan hutan simpan di sini,” katanya.

Sejak itu alam dan anak sungai di kawasan ini adalah dunia Pak Anjang.

Saya selalu masuk ke belukar untuk mencari buluh, mendenak ayam hutan, mengail ikan dan mencari hasil tanaman.

“Berapa sangat gaji pengawal keselamatan tahun 80-an dan 90-an?” Katanya.

Justeru, rezeki tambahan untuk hidup datang dari sumber di hutan.

“Paling tidak pucuk paku, rebung dan kangkung liar ada sepanjang tahun,” katanya.

Walaupun tinggal 20 kilometer dari Kuala Lumpur, Pak Anjang tidak kenal KLCC atau LRT. Dia tidak berminat pada Bukit Bintang atau Dataran Merdeka.

“Saya orang kampung, jadi hutan Klang Gates lebih menarik berbanding bangunan mewah di Kuala Lumpur,” katanya.

Masuk hutan bersihkan sungai

Setiap hujung minggu, sejak dekad 90-an, rutinnya ialah memasuki hutan dan menyusur sungai menbersihkan sisa-sisa kayu dan sampah-sarap.

Pak Anjang rimas melihat sungai di laluan hutan simpan dicemari sampah yang menyebabkan aliran air terjejas.

Bahayanya menyebabkan air bertakung dan membentuk kolam tadahan yang boleh menyebabkan banjir kilat.

“Jadi setiap hujung minggu saya menjelajah sepanjang sungai mengutip apa saja sampah-sarap yang menghalang laluan air,” katanya.

Kecintaan pada sungai, akhirnya menyebabkan Pak Anjang memilih membina pondok di hulu sungai. Selain mencari hasil hutan, fokusnya tetap pada usaha menjaga kebersihan sungai.

“Saya berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan dan membuka pondok rehat yang disewakan kepada pengunjung hujung minggu,” katanya.

Selain itu, Pak Anjang membantu pelancong asing yang berminat menjelajah hutan dan menikmati cabaran ala “jungle survival”.

“Saya ingin mendapatkan sokongan kerajaan untuk menganjurkan program menyintai hutan di kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Anak-anak bandaraya, kata Pak Anjang, perlu menghargai kawasan hutan simpan di sekitar Lembah Kelang.

“Mereka harapan kita demi masa depan kalau tidak mahu hutan belantara di KL dijadikan hutan batu,” katanya.

Kata-kata akhirnya: “Saya tidak berpelajaran. Bolehkah sesiapa membantu melaksanakan projek demi masa depan hutan kita?”

Sebagai usahawan kecil yang mengusahakan pondok rehat Zoom Bamboo Rimba, Pak Anjang merayu sokongan demi memelihara kelestarian hutan simpan di Klang Gates.

“Saya mahu memastikan generasi muda menyedari pentingnya peranan hutan simpan dalam kehidupan warga kota,” katanya.

– Kredit : The Malaysian Insight & FB Zoom Bamboo Rimba
– Pak Anjang Pecinta Sungai Dan Alam Hijau
Previous Post

Peluang Emas Untuk Belia Jadi Usahawan

Next Post

Nama-Nama Allah Yang Boleh Kita Amalkan

Next Post
Nama-Nama Allah Yang Boleh Kita Amalkan

Nama-Nama Allah Yang Boleh Kita Amalkan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • 5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!
  • Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak
  • Pulangnya si Mati & Perang Anak Raja
  • SEMANGAT HEBAT RALPH LAUREN 

Categories

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Resepi
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker