Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin, terus menambah pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa. Terbaharu, beliau menerima “World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award” di World Women Economic & Business Summit (WWEBS) yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Anugerah ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur WWEBS 2024, Datuk Halimah Mohd Said, dengan perasmian oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri.
Anugerah berprestij ini menilai Profesor Massila berdasarkan tiga kriteria utama:
- Keunggulan kepimpinan
- Komitmen terhadap kemajuan dan kelestarian wanita
- Sumbangan kepada masyarakat melalui Program CSR
Kepimpinan dinamik beliau terus memacu UTeM sebagai institusi TVET terunggul di Malaysia, termasuk menerusi program JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement), yang memperkasa wanita dalam bidang teknikal dan vokasional.
Antara pencapaian Profesor Massila sebelum ini termasuk Anugerah Personaliti Cemerlang Malaysia 2024, Woman Icon Award 2022, dan pelbagai lagi pengiktirafan dalam bidang pendidikan dan kepimpinan wanita.
Anugerah WWEBS ini diterima bagi pihak beliau oleh Timbalan Naib Canselor, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim.