Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Thursday, May 15, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Motosikal dilanggar pemandu Singapura, Bapa parah, anak maut

by Myra Hamdi
September 9, 2023
2 min read
14 0
0
Dua anggota TUDM maut,  bom lempar meletup
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang baru pulang dari tadika maut selepas motosikal dibonceng bersama bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Mercedes di Kilometer 16 Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Muhammad Shaheizy Iman Muhammad Shazrein, 4, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Port Dickson manakala bapanya berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah iaitu patah bahu dan kaki kanan.

Aidi Sham berkata, kemalangan pada pukul 1.30 tengah hari itu berlaku ketika penunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari mengambil anaknya dari tadika di Taman Desa Port Dickson sebelum terlibat kemalangan dengan kereta dipandu seorang lelaki warga Singapura berusia 33 tahun.

RELATED STORIES

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

“Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka

May 12, 2025
Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

May 11, 2025

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu bergerak dari arah Air Kuning menghala ke Sua Betong.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta Mercedes berkenaan sedang memotong kenderaan di hadapannya lalu melanggar bahagian tepi kanan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang sedang membelok ke simpang kanan menghala ke Ladang Sua Betong,” jelasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, akibatnya kemalangan itu bapa mangsa yang merupakan juruteknik ladang Sua Betong mengalami kecederaan patah bahu kanan dan kaki kanan manakala anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Port Dickson. 

“Pemandu kereta Mercedes bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Saringan awal ujian air kencing terhadap pemandu itu adalah negatif dan ujian pernafasan menunjukkan tiada kandungan alkohol dalam darah. 

“Lelaki itu telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata, pihak polis meminta saksi kemalangan tersebut tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ia berikutan tular dakwaan di media sosial bahawa kemalangan berlaku disebabkan kereta yang terlibat berlumba sebelum melanggar sebuah motosikal di hadapannya. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Previous Post

Pendendang Fairuz Misran meninggal dunia usia 38 tahun

Next Post

Cristiano Ronaldo buka pintu hotel bantu mangsa gempa bumi di Maghribi

Next Post
Cristiano Ronaldo buka pintu hotel bantu mangsa gempa bumi  di Maghribi

Cristiano Ronaldo buka pintu hotel bantu mangsa gempa bumi di Maghribi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
  • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!
  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker