Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Friday, March 24, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Menjadi Pelarian & Gelandangan Di Negara Orang Bukannya Pilihan

by mykepochi.com
July 4, 2021
2 min read
7 0
0
Menjadi Pelarian & Gelandangan Di Negara Orang Bukannya Pilihan

Mulu sedang menyediakan menu tradisional masyarakat Ethiopia di kem pelarian Um Rakuba, Sudan.

Share on FacebookShare on Twitter

RELATED STORIES

DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

February 23, 2022
Bersalahkah Iqbal?

Bersalahkah Iqbal?

December 14, 2022

Tiada Siapa Memilih Untuk Hidup Sebagai Pelarian dan Gelandangan Sehelai Sepinggang Di Negara Orang

“Kehidupan sebagai pelarian sangat mencabar, lebih-lebih lagi bagi orang kelainan upaya (OKU) seperti saya. Kaki saya tidak sempurna, ia menyukarkan saya untuk berjalan. Jadi, sewaktu insiden perbalahan di Tigray, Ethiopia mula merebak ke kampung kami, suami saya terpaksa memapah saya sepanjang perjalanan kami melarikan diri menuju ke kem pelarian Um Rakuba di Sudan. Ia satu perjalanan yang panjang dan sungguh memenatkan,” kata Mulu.

Tahukah anda, lebih 79.5 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka disebabkan pelbagai faktor antaranya konflik peperangan, penganiayaan dan dihalau secara paksa.

26 juta daripada angka tersebut merupakan golongan pelarian yang sebahagiannya berumur di bawah 18 tahun.

Angka ini semakin meningkat setiap hari hingga dilaporkan setiap 4 saat, seorang kehilangan tempat tinggal menjadikan 16 orang hidup bergelandangan setiap seminit.

Dalam kejadian yang berlaku pada November 2020 itu, Mulu antara penduduk yang terkesan dan mengalami igauan ngeri daripada insiden yang tidak dijangka itu.

“Saya nampak bom meletup dan kemudian mayat manusia bergelimpangan di seluruh kawasan termasuk mayat rakan suami. Saya rasa sangat takut.

“Ketika peperangan tercetus dan berlaku letupan bom, saya lihat orang ramai berlari tanpa arah tujuan. Keadaan menjadi kacau bilau.

“Kejadian itu meragut nyawa ayah saya manakala ahli keluarga yang lain hilang tanpa khabar berita. Saya selalu memikirkan nasib keluarga yang terpisah. Hidup atau mati, saya pun tidak tahu. Insiden yang berlaku sangat mengerikan. Saya harap saya tidak akan melihat dan melalui saat sukar itu lagi.

“Kini, kem pelarian inilah rumah kami. Di sini ada lebih 20,000 pelarian Ethiopia yang datang untuk berlindung. Kami tidak mempunyai anak. Kami telah mengambil seorang anak angkat berumur 16 tahun untuk dijaga kerana kami kasihan melihat anak ini yang hidup sebatang kara. Dia terpisah daripada ahli keluarganya dalam insiden peperangan sewaktu melarikan diri ke sini.

“Alhamdulillah, kami rasa sangat bersyukur di atas bantuan makanan, air dan sanitasi juga kit kebersihan yang diedarkan oleh Islamic Relief serta agensi kemanusiaan lain. Islamic Relief telah mengedarkan bantuan secara terus ke khemah kami memandangkan saya tidak boleh berjalan jauh dan berdiri lama untuk beratur mengambil bantuan. Terima kasih Islamic Relief kerana prihatin akan nasib golongan pelarian terutamanya OKU seperti saya,” kata Mulu.

Kakitangan Islamic Relief menyerahkan bantuan pek makanan di hadapan khemah Mulu di kem pelarian Um Rakuba, Sudan.

Pengarah Negara Islamic Relief Sudan, Elsadig Elnour berkata, Islamic Relief sentiasa peka dalam membantu golongan OKU, warga emas dan wanita hamil. Inisiatif penghantaran bantuan secara terus ke khemah, dapat melindungi mereka dari insiden ditolak atau berebut-rebut juga menjadi pencegah kepada penularan wabak covid-19.

Bantuan kemanusiaan yang disalurkan Islamic Relief tidak hanya tertumpu di kem pelarian Um Rakuba, Al-Tunaydbhah dan Hamdayet, Sudan. Ia turut disalurkan kepada penduduk terjejas di Tigray, Ethiopia.

Antara bantuan lain yang diberikan adalah pendidikan, plastik penebat haba, kelambu, bekas untuk mengangkut air, sabun, ubat gigi, pelitup muka dan lampu dengan sistem solar untuk melidungi penghuni kem di waktu malam.

Setakat ini, Islamic Relief telah berjaya menyantuni kira-kira 30,000 pelarian dari ketiga-tiga kem. Lebih 60 tandas dan 30 tempat untuk mencuci di kem Um Rakuba dan Al-Tunaydbhah juga telah dibina.

Terbaharu, Islamic Relief sedang merangka untuk membina bilik darjah dan kemudahan pembelajaran peringkat menengah dengan tajaan Education Cannot Wait (ECW).

 

1 of 9
- +
Sumber :Islamic Relief Malaysia
Tiada Siapa Yang Pilih Untuk Menjadi Pelarian dan Gelandangan di Negara Orang
Source: Islamic Relief Malaysia
Previous Post

Filem Biopik Nicol David Bakal Diterbitkan

Next Post

KISAH SI KAYA DAN SI MISKIN

Next Post
KISAH SI KAYA DAN SI MISKIN

KISAH SI KAYA DAN SI MISKIN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • 5 Sebab Anda Kena Rai CNY 2023 di Restoran Cina Tung Yuen!
  • Kekangan Kewangan Beri Impak Besar Pendidikan Anak-Anak
  • Pulangnya si Mati & Perang Anak Raja
  • SEMANGAT HEBAT RALPH LAUREN 

Categories

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Resepi
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker