Jaguh sukan berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang menceritakan beliau hampir disingkir dari kejohanan besar di Eropah gara-gara kerana mempamer mesej menyokong Palestin.
Menurut Azizulhasni, insiden ini berlaku pada tahun Julai 2014. Ketika itu beliau berlumba dengan pelumba dari England. Selepas memenangi perlumbaan itu, beliau mengangkat kedua belah tangannya dimana glove yang dipakai terpapar mesej ”Save Gaza”.
Alasan yang diberi pihak penganjur untuk membatalkan penyertaan Azizulhasni adalah kerana beliau memaparkan mesej politik di pentas sukan.
Azizulhasni kesal dengan sikap hipokrit mereka kerana menggunakan pelbagai cara untuk menutip isu Palestin tetapi menyatakan sokongan terhadap negara sekutu mereka yang mereka rasakan tertindas. Beliau berharap rakyat Malaysia terus memberikan sokongan terhadap saudara islam kita di Palestin.
Azizulhasni juga berharap rakyat Malaysia bangun untuk membantu mereka semampu yang boleh. Rata-rata komen menyatakan sokongan dan bangga dengan beliau kerana berani menyampaikan mesej kesedaran di pentas sukan.