Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Monday, June 30, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Agama

Memburu pahala di Separuh Ramadan

by Team Kepochi
March 27, 2024
2 min read
5 0
0
Memburu pahala di Separuh Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

Separuh Ramadan bakal berlalu apabila kita kini sedang berada di pertengahan Ramadan. Bersediakah kita untuk berada pada separuh yang kedua? Sudah pasti 10 malam terakhir bakal menjelma dengan nilai satu malam lebih baik daripada 1,000 bulan.

Namun, dengan situasi perubahan cuaca yang panas dan hujan lebat yang tidak menentu ini bukanlah menjadi penghalang untuk menghidupkan 10 malam terakhir mengikut keselesaan masing-masing.

Sejak COVID-19 melanda dunia, telah menjadi satu kebiasaan yang baharu sebagaimana solat sunat Tarawih dilakukan secara berjemaah bersama ahli keluarga. Dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.

RELATED STORIES

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

Perbaiki Diri Demi Redha Ilahi

March 13, 2025
Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

Antara Angan-Angan dan Ajal yang Pasti

March 13, 2025

Umum kita ketahui, masjid kini kembali dibuka buat para jemaah untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunat terutama sekali sepanjang bulan mulia ini.

Sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT mengenai nilai satu daripada 10 malam terakhir dalam Surah Al-Qadr ayat 3, maksudnya: “Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Oleh itu, semestinya umat Islam mengambil kesempatan ini berlumba-lumba untuk memperbanyakkan ibadah dan melakukan solat malam

Bagaimanapun, Allah tidak menzahirkan pada malam ke berapa akan berlakunya al-Qadr. Rahsia penyembunyian malam kemuliaan ini adalah supaya menjadi pendorong kepada hamba-Nya agar berusaha bersungguh-sungguh menunaikan ibadat sepanjang malam. Perkara ini juga sebagaimana disembunyikan waktu mustajab doa pada Jumaat supaya mendidik manusia sentiasa berusaha dalam mendapatkan sesuatu yang bernilai.

Ganjaran yang besar menanti setiap hamba-Nya, menuntut istiqamah berterusan dalam melakukan ibadat bermula dari awal Ramadan sehingga pengakhirannya.

Rasulullah SAW amat menitikberatkan ibadat pada malam khususnya menghampiri 10 yang terakhir. Daripada Aisyah RA berkata: “Adalah Rasulullah apabila masuk pada 10 akhir (Ramadan), Baginda akan menghidupkan malamnya (dengan ibadat), mengejutkan ahli keluarganya dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan semua isteri).” Hadis Riwayat Muslim

Kesungguhan beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan pasti memberi kesan yang besar kepada seluruh umat Islam. Bagi mereka yang istiqamah melakukan solat fardu berjemaah, diikuti solat sunat Tarawih pada malam hari, pasti 10 malam terakhir akan diisi dengan sepenuhnya. Walaupun tahun ini tiada solat sunat Tahajud di surau atau masjid berdekatan, ibadat bersama keluarga ini dapat dihidupkan dengan jayanya.

Aisyah RA menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW sedaya upaya menghidupkan malam akhir Ramadan. Katanya: “Rasulullah berusaha sedaya upaya pada malam 10 akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam yang lain.” Hadis Riwayat Muslim

Oleh yang demikian, persediaan bagi menghadapi 10 malam terakhir ini perlu dibuat bermula sejak awal Ramadan. Bagi mereka yang memburu malam al-Qadr, pastinya ibadat yang dilakukan akan bertambah lebih-lebih lagi bacaan al-Qur’an dan solat sunat yang lain. Pada saat ini, mereka akan memohon doa, merintih kepada Allah agar dosa yang dilakukan mendapat keampunan dan memohon agar diberi panduan ke jalan yang benar.

Previous Post

Sijil Halal Produk Allagappa’s Ditarik? Ini Sebabnya

Next Post

Tol Percuma Sempena Aidilfitri 2024

Next Post
Tol Percuma Sempena Aidilfitri 2024

Tol Percuma Sempena Aidilfitri 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Dua YB Melaka Berentap Makan Durian, Siapa Lagi Padu?
  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker