Kepochi
Monday, May 23, 2022
  • Home
  • Inspirasi
  • Refleksi
  • Info
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA 

mykepochi.com by mykepochi.com
February 17, 2022
in Hiburan, Inspirasi
11 0
0
Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?
20
SHARES
151
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Nasyid Inteam, yang diwakili oleh Hazamin, Rahim dan Syahril akan melancarkan kempen Cabaran 12 Jam Syria pada 18 Febuari 2022 di mana mereka akan cuba tinggal di dalam sebuah khemah di kem pelarian yang terletak di wilayah utara Syria dan merasai sendiri suasana cuaca yang sejuk dan sukar di sana. Mereka ke Syria bagi menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria Siri 10. 

“Cabaran ini akan dilaksanakan bermula dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam waktu tempatan melalui siaran secara langsung (Facebook LIVE) di akaun rasmi Facebook Inteam @officialinteam dan cabaran ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000,000.” Ujar Syahril merangkap ketua kumpulan Inteam.

“Cabaran 12 Jam Syria adalah inisiatif bersama di antara Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dan Inteam untuk berkongsi secara telus dan terus tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di Syria.” Tambahnya lagi.

Ditanya mengenai ke mana dana ini akan disalurkan, Hazamin menjawab
“Sumbangan yang terkumpul semasa cabaran ini akan disalurkan terus di dalam bentuk bantuan berupa bakul makanan, set hidangan panas, alat pemanas serta bahan bakar, selimut dan set pakaian musim sejuk kepada 100,000 pelarian Syria.” 

Pengisian cabaran 12 Jam Syria ini disokong beberapa selebriti tanah air yang juga akan turut menyertai Cabaran 12 Jam Syria sebagai tetamu istimewa secara atas talian seperti Dr. Fitri Haris, Mawi, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Dato’ Sri Mahadi, Bob Lokman, Ustaz Syamsul Debat dan ramai lagi. Ini adalah tanda solidariti serta sokongan terhadap krisis yang dihadapi oleh pelarian Syria yang telah berlarutan selama hampir 11 tahun. 

Paling istimewa, Inteam akan turut melancarkan single terbaru kerjasama dengan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berjudul Selimut Kasih. Single ini akan berada di platform-platform digital manakala muzik videonya akan turut dirakamkan di beberapa lokasi di Syria. 

Jadi, sama-sama kita menyokong inisiatif INTEAM dan Peduli Insan terhadap pelarian-pelarian Syria dengan terus berkongsi maklumat mengenai kempen ini melalui sosial media dengan menggunakan tanda pagar #Cabaran12JamSyria #12HoursWithSyria.

Selain itu, untuk makluman sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam bernombor 07043011061824 yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau melalui laman web rasmi Peduli Insan www.peduliinsan.org

Sumber : Peduli Insan

#CABARAN12JAMSYRIA BERSAMA INTEAM
Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?
Previous Post

“The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome

Next Post

DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

Next Post
DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Artikel Terkini

  • Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!
  • DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022
  • Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?
  • “The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome
  • Bersalahkah Iqbal?
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

April 16, 2022
Jangan musnahkan keluarga saya: To’ki

Jangan musnahkan keluarga saya: To’ki

October 21, 2020
Penyanyi To’ki ketua kongsi gelap?

Penyanyi To’ki ketua kongsi gelap?

October 21, 2020
Selamat Asrin Legenda Yang Dirindukan

Selamat Asrin Legenda Yang Dirindukan

October 21, 2020
Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

April 16, 2022
DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

February 23, 2022
Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?

Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?

February 17, 2022
“The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome

“The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome

February 16, 2022

Facebook

Kepochi

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

www.mykepochi.com

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Jalan-Jalan
  • Karya
  • Kesihatan
  • Lawak
  • Makan-makan
  • Refleksi
  • Resepi
  • Uncategorized
  • Home
  • Inspirasi
  • Refleksi
  • Info
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2020 MYKEPOCHI - It's good to be Kepochi.

No Result
View All Result
  • Home
  • Inspirasi
  • Refleksi
  • Info
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2020 MYKEPOCHI - It's good to be Kepochi.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist