Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Monday, December 4, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS 

by Myra Hamdi
October 31, 2023
2 min read
4 0
0
Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS 
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kerana keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Perdana Menteri berkata, notis rasmi yang dipanggil demarche itu diterima Kementerian Luar masing-masing pada 13 dan 30 Oktober lalu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tarikh satu lagi notis rasmi yang dihantar terus kepada duta besar Malaysia di Washington.

RELATED STORIES

Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai

Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai

December 4, 2023
Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT

Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT

December 2, 2023

“Oleh kerana keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan tidak menganggap Hamas sebagai pengganas, saya mendapat maklumat, Kementerian Luar menerima demarche iaitu tata tindak daripada Kedutaan AS sebanyak dua kali iaitu pada 13 dan 30 Oktober lalu serta sekali (satu lagi notis) kepada duta besar.

“Ia disebabkan pendirian kita terutama keengganan kita menganggap Hamas itu sebagai badan pengganas.

“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa kerana perkara ini sudah berlarutan berdekad sejak 1948,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMTQ) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar sebelum ini mendedahkan beliau menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Susulan dari itu, Perdana Menteri menjelaskan, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, selaku ketua kerajaan beliau tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.

Selain daripada itu, Perdana Menteri turut mendedahkan ada seorang ahli Parlimen dari Eropah bertindak mengusulkan sekatan terhadap Malaysia kerana kelantangan memperjuangkan isu Palestin.

Namun, beliau menegaskan tidak menghiraukan tindakan berkenaan, sebaliknya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa tanpa gentar.

Previous Post

Inisiatif galakkan pertumbuhan inovatif dalam sektor taman tema, 5% duti hiburan dikurangkan – MATFA 

Next Post

Gemencheh Boys sumbang RM 1 dari setiap tiket kepada rakyat Palestin

Next Post
Gemencheh Boys sumbang RM 1 dari setiap tiket kepada rakyat Palestin

Gemencheh Boys sumbang RM 1 dari setiap tiket kepada rakyat Palestin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Mayat bayi ditemui terdampar di tepi pantai
  • Seorang Lelaki Maut Terjatuh Di Landasan LRT
  • Lima Kes Baharu Positif Cacar Monyet Dikesan-KKM
  • RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker