Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Monday, October 2, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Lelaki jalani perintah sekatan buang daerah maut dalam kemalangan

by Myra Hamdi
June 28, 2023
2 min read
4 0
0
Lelaki jalani perintah sekatan buang daerah maut dalam kemalangan
Share on FacebookShare on Twitter


Hasrat seorang lelaki yang menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) di Klang, Selangor untuk melarikan diri ke Setiu tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan  di Kilometer 322.6, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)  selepas susur keluar Kerteh di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi, Muhammad Shukri Ramli, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian tangan dan muka. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian mangsa yang sedang diburu polis menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai dalam perjalanan menuju ke Setiu untuk melarikan diri. 

RELATED STORIES

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

September 29, 2023
Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

September 29, 2023

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan serta merempuh besi penghadang lebuh raya. 

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Hasil pemeriksaan turut menemukan peralatan menghisap dadah dan kita dapati mangsa merupakan PCO yang mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah pecah rumah, curi dan dadah,” katanya.  

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

HUKUM MENGAMBIL DUIT RAYA ANAK

Next Post

‘SOUNDCIRCUS FESTIVAL’ GEGARKAN MAEPS!

Next Post
‘SOUNDCIRCUS FESTIVAL’ GEGARKAN MAEPS!

‘SOUNDCIRCUS FESTIVAL’ GEGARKAN MAEPS!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah
  • Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini
  • Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah
  • PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker