Seramai 176,883 atau 35 peratus suri rumah mendapat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) berbanding sasaran 500,000 suri rumah yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.
Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata kerajaan amat menggalakkan semua suri rumah di bawah usia 55 tahun untuk mendapatkan perlindungan skim tersebut, serta para suami untuk mencarum SKKR bagi pihak isteri masing-masing demi perlindungan dan kebajikan pasangan mereka.
Tambahnya lagi, setakat 24 Mei lepas, sebanyak RM167,000 faedah SKSSR dibayar kepada suri rumah berinsurans dan keluarga mereka, membuktikan SKSSR mampu memberi perlindungan buat suri rumah dan keluarga mereka, sekiranya ditimpa kemalangan, keilatan atau kematian berkaitan pengurusan rumah tangga.
SKSSR yang berkuat kuasa pada 1 Dis 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan, semasa menguruskan rumah tangga.
Sumber : Awani
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official