Selasa lalu, QSR Brands (M) Sdn. Bhd. (QSR Brands) melancarkan Menu Rahmah di rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut Malaysia.
Menawarkan makanan kualiti premium pada harga hanya RM5 boleh didapati di 1,227 rangkaian retoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali di lapangan terbang, Genting Highlands dan Legoland bagi Menu Rahmah KFC Meal serta Pizza Hut RSA Pagoh dan Genting Highlands bagi Menu Rahmah Pizza Hut Meal.
Jenis hidangan ditawarkan iaitu Menu Rahmah KFC Meal dengan seketul ayam, roti butterscotch dan air mineral manakala bagi Menu Rahmah Pizza Hut Meal yang menyediakan personal piza dan air mineral.
Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna berkata, pihaknya percaya inisiatif Menu Rahmah adalah sangat penting dan tepat pada masanya, serta menyifatkan program berkenaan sebagai satu inisiatif yang bermanfaat dan mampu dilaksanakan.
Sumber : Kosmo!
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official