Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 boleh mendapatkan keputusan SPM masing-masing pada 8 Jun (Khamis).
Seramai 403,637 calon telah berdaftar bagi menduduki peperiksaan SPM 2022 di 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.
Bagi calon persendirian, slip keputusan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Kesemua calon juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulai 10 pagi pada 8 Jun sehingga jam 6 petang pada 14 Jun.
Sumber : Berita Harian
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official