Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Saturday, September 30, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Kanak-kanak 3 tahun maut dilanggar ketika bermain skuter

by Myra Hamdi
August 8, 2023
2 min read
4 0
0
Jocelyn Chia akan disiasat
Share on FacebookShare on Twitter

Tular semalam di sosial media mengenai sebuah video yang melibatkan seorang kanak-kanak yang sedang bermain skuter di dalam sebuah kawasan perumahan dipercayai maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kemalangan itu difahamkan berlaku di taman perumahan, Eco Spring, Johor Bahru, Johor dan turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kediaman berdekatan lokasi kejadian.

Berdasarkan klip tersebut, sebuah kenderaan trak pikap berwarna hitam dilihat sedang memasuki sebuah lorong jalan di kawasan tersebut yang ketika itu turut dilalui oleh kanak-kanak tersebut.

RELATED STORIES

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

September 29, 2023
Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

September 29, 2023

Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa terperosok di bawah kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kes tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu.

Memetik daripada laporan The Star, kanak-kanak yang berusia tiga tahu itu meninggal dunia dalam kejadian tersebut manakala pemandu kenderaan terbabit pula difahamkan berumur 32 tahun.

Raub berkata, tiada kenyataan media akan dikeluarkan untuk menghormati keluarga mangsa.

Dalam pada itu, difahamkan pemandu trak pikap berkenaan merupakan orang luar dan bukan residen taman perumahan berkenaan.

Melalui perkongsian video yang tular itu, warganet turut melahirkan kemarahan mereka terhadap pemandu kenderaan itu yang dilihat memandu secara laju meskipun berada di dalam kawasan perumahan.

“Macam tu je dia bantai corner (selekoh),” soal Fadzli Zulkoad.

“Apa yang saya nampak 4×4 itu memang laju bawa dalam taman perumahan,” tulis Shahrull SA.

“Gila bawa kereta macam tu sekali dekat kawasan perumahan,” kata Muhamad Afiq.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Lapan negara lagi ditawarkan e-visa melawat Arab Saudi

Next Post

Krisis Kewangan dalam Kalangan Generasi Muda: Punca dan penyelesaian

Next Post
Krisis Kewangan dalam Kalangan Generasi Muda: Punca dan penyelesaian

Krisis Kewangan dalam Kalangan Generasi Muda: Punca dan penyelesaian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah
  • Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini
  • Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah
  • PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker