Kaki berbau atau nama saintifiknya bromodosisboleh berlaku kepada semua golongan. Ia membuatkan seseorang individu berasa malu dan tidak selesa ketika berada di khalayak ramai.
Punca utama berlakunya kaki berbau adalah disebabkan oleh kaki berpeluh. Kelenjar peluh banyak terdapat pada kaki daripada anggota badan yang lain.
Namun begitu, berbeza dengan kelenjar peluh pada anggota badan yang lain, kelenjar peluh pada kaki kerap dirembeskan bukan hanya bertindakbalas terhadap haba ataupun senaman. Berikut adalah beberapa cara yang boleh diambil bagi mengelakkan kaki berpeluh dan berbau:
Jaga Kebersihan Kaki:
• Cuci kaki dengan bersih setiap hari menggunakan sabun yang mengandung antibakteri dan anti fungus.
• Pastikan kaki, terutama pada sela-sela jari, keringkan dengan betul supaya tidak terasa lembap.
• Rendam Kaki dengan Air Sejuk dan Garam Bukit:
• Rendam kaki dengan air sejuk yang ditambah garam bukit (healing salt). Ini bukan sahaja melegakan malah mengurangkan bau kaki.
Gunakan Skrub Kaki yang Mengandungi Lime Citrus, Aloevera, AHA & BHA:
• Skrub ini dapat menghilangkan bau kaki. Pastikan skrub tidak terlalu kasar jika anda mengalami kulit sensitif atau ekzema.
Sapu Losyen Kaki Setiap Sebelum Tidur:
• Cari losyen yang mengandungi AHA & BHA untuk membantu mengurangkan bau kaki.
Gunakan Stoking Jenis Kapas 100%:
• Stoking ini dapat mematikan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kaki berpeluh dan berbau.
Pakai Kasut yang Diperbuat Daripada Kulit atau Jenis Canvas:
• Untuk cuaca panas, sandal juga merupakan pilihan yang baik.
Pemakaian kasut yang sama sepanjang hari, perubahan hormon, tekanan, dan kebersihan diri juga memainkan peranan dalam masalah kaki berbau.