Kepochi
Monday, July 4, 2022
  • Home
  • Inspirasi
  • Refleksi
  • Info
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Hiburan

Jangan musnahkan keluarga saya: To’ki

Zainal Rashid Ahmad by Zainal Rashid Ahmad
October 21, 2020
in Hiburan
42 3
0
https://www.facebook.com/garasifbtv/videos/1394481537410540
170
SHARES
639
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Wajahnya jelas kecewa apabila kenyataan anaknya dipergunakan media massa sebagai alat untuk memusnahkan karektor dan sokongan masyarakat terhadapnya.

 

Penyanyi To’ki benar-benar hampa apabila kenyataan anaknya diputarbelit bagi menggambarkan dirinya bapa yang tidak bertanggungjawab.

“Takkan kerana orang beri saya perhatian, ada wartawan yang sanggup gunakan anak-anak untuk pecah-belahkan kami,” katanya pada Garasi TV dalam pertemuan pada 6 Julai lalu.

 

Toki menjadi tetamu Garasi Talk selama dua jam dan memecah rekod siaran langsung Garasi TV dengan 2,000 tontonan serentak.

Manakala total tontotan mencapai 41 ribu selepas 3 jam siaran disiarkan di Facebook Garasi TV.

“Anak saya menyatakan sesuatu bagi kebaikan dirinya dan adik beradiknya. Dia tidak mencela saya. Hanya keluhannya. Saya memahami keadaan mereka,” kata To’ki.

 

“Saya sedar keadaan selepas penceraian menyebabkan ada jarak antara kami, tetapi anak dan bapa saling menghormati,” katanya.

To’ki melahirkan saya menghormati anak-anaknya. Pada masa yang sama meminta netizen dan wartawan tidak mengganggu anak-anak dan menyalahkan mereka dengan apa yang berlaku pada dirinya.

 

Pada siaran langsung selama dua jam itu, To’ki mendedahkan penglibatannya dalam geng jenayah terancang bermula sejak berusia 16 tahun.

Selain mengaku kehidupan masa mudanya sangat komplikated kerana terlibat dengan dadah ketika masih remaja.

Malah, dengan terus-terang berkongsi pengalaman menasihati generasi muda supaya menjauhi dadah.

“Zoom kamera dan lihat bekas hitam pada tangan sayatanda kesan suntikan morfin dan ini bukti kerosakan yang berlaku. Kepada anak muda jauhi dadah dan jangan sesekali mencuba,” katanya.

Selain momen merayu kepada semua pihak agar mengelakkan perbuatan melaga-lagakan keluarganya, siaran langsung itu dikejutkan dengan selang-seli pengakuan-pengakuan berani To’ki mengenai masa lalunya.

Dalam siaran langsung itu, penonton via Facebook Garasi TV turut dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu hitnya.


Antaranya lagu Biasan, Naluri Cinta, Selumbar dan Zikir Kasih.

Kepada anak-anaknya, ketika ditemubual selepas siaran langsung, Toki turut menzahirkan ucapan kasih-sayang kepada lima anaknya.

Malah, melahirkan kerinduan dan salam maaf serta kebanggaan terhadap kejayaan kerjaya dan akademik anak-anaknya.

“Kepada Hafizi yang kacak, daddy doakan terus berjaya. Hafizi cemerlang sejak remaja dan daddy doakan terus berjaya,” katanya.

Kepada anak keduanya Hidayah, To’ki menyampaikan nasihat agar menjadi isteri yang baik dan menjaga suami.

“Jaga dua cucu daddy ya…,” katanya.

Kepada anak ketiganya, To’ki sedikit sebak dan mengaku sentiasa terharu setiap kali mengingati Husna.

“Kita akan menangis tiap kali berjumpa. Daddy sayangkan Husna dan daddy mahu Husna belajar sampai lulus sarjana,” katanya.

Kepada anak keempatnya, Aisyah, penyanyi To’ki sempat menitipkan pesan;
“Anak daddy kena berjaya sampai ke tahap kelulusan sarjana,” katanya sambil tersenyum.

To’ki sempat menyatakan gurauan pada anak bongsunya, Hairi.

“Hairi kacak dan tentu banyak girlfriend. Ada rupa dan roman macam daddy. Tetapi yang penting belajarlah sampai berjaya,” katanya.

Kepada anak istimewanya, Kasih – To’ki mengakui lagu hitnya Zikir Kasih (nyanyian Ukays) khas buat anaknya bernama itu.

Sepanjang dua jam temubual, To’ki turut menyentuh mengenai rasa terharu atas sokongan peminat dan rakan-rakan artis yang masih memberikan kepercayaan padanya.


“Saya ucap terima kasih kerana ramai yang terus membantu. Rakan-rakan artis yang bertanya khabar dan mengambil berat terhadap saya,” katanya.

To’ki turut menyatakan komitmennya untuk menerbitkan lagu baharu dan berdasarkan undian penonton – tema “Doa Buat Uighur” dipilih sebagai judul single yang bakal diterbitkan.

Mengikut perancangan single khas tanda pembelaannya terhadap masyarakat Islam Uighur itu akan disiarkan dalam versi “unplugged” pada September dan klip video penuh pada Oktober.

“Tiba masanya kita kena berani bersuara dalam usaha membela umat Islam Uighur kerana mereka saudara kita,” katanya.

 

‘ Jangan musnahkan keluarga saya: To’ki’

 

Baca juga :
Toki Menderita Fobia Dan Anxiety Kronik
Toki Ketua Kongsi Gelap

Untuk Lebih topik menarik, tonton FB LIVE  Garasi TV !

Previous Post

Garasi TV Terokai Konsep Bisnes Facebook

Next Post

Malaysia bersatu menentang tindakan Al Jazeera memfitnah Malaysia

Next Post
Malaysia bersatu menentang tindakan Al Jazeera memfitnah Malaysia

Malaysia bersatu menentang tindakan Al Jazeera memfitnah Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result

Artikel Terkini

  • Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!
  • DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022
  • Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?
  • “The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome
  • Bersalahkah Iqbal?
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Kalau Ada Kucing Kena Virus Parvo, Boleh Bagi Rumput Pendul!

Kalau Ada Kucing Kena Virus Parvo, Boleh Bagi Rumput Pendul!

October 21, 2020
Impak Pandemik Sangat Besar, Apa Yang Penting? KERJASAMA!

Impak Pandemik Sangat Besar, Apa Yang Penting? KERJASAMA!

November 28, 2020
Penyanyi To’ki ketua kongsi gelap?

Penyanyi To’ki ketua kongsi gelap?

October 21, 2020
Masak-Masak & Rakam Video Boleh Menang Wang Tunai!

Masak-Masak & Rakam Video Boleh Menang Wang Tunai!

November 25, 2021
Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

Jom buka puasa di Hotel Mardhiyyah!

April 16, 2022
DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

DATUK JAMAL DAN SYAMEL SAMBUT ANAK 22022022

February 23, 2022
Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?

Mampukah INTEAM Bertahan Sahut Cabaran 12 Jam Syria?

February 17, 2022
“The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome

“The Malaysian Mechanics” beraksi di Yas Marina Circuit, Dubai Autodrome

February 16, 2022

Facebook

Kepochi

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

www.mykepochi.com

  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Jalan-Jalan
  • Karya
  • Kesihatan
  • Lawak
  • Makan-makan
  • Refleksi
  • Resepi
  • Uncategorized
  • Home
  • Inspirasi
  • Refleksi
  • Info
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2020 MYKEPOCHI - It's good to be Kepochi.

No Result
View All Result
  • Home
  • Inspirasi
  • Refleksi
  • Info
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2020 MYKEPOCHI - It's good to be Kepochi.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist