Kepochi
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi
Saturday, September 30, 2023
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Inisiatif subsidi tiket penerbangan bagi pelajar Universiti bermula hari ini

by Myra Hamdi
August 15, 2023
2 min read
4 0
0
Inisiatif subsidi tiket penerbangan bagi pelajar Universiti bermula hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sebanyak RM300 untuk penuntut universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mula dilaksanakan pada hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

RELATED STORIES

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah

September 29, 2023
Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini

September 29, 2023

Selaras dengan itu, para pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang kementerian di https://subsidiudara.mot.gov.my/ tambah MOT.

“Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut.

“Sekiranya pelajar didapati tidak layak, mereka boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing,” jelasnya.

Menurut MOT juga, buat masa ini, pelajar yang layak adalah mereka yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

“Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

“Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan ianya boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Dimaklumkan juga, tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar dibenarkan. 

Boleh layari laman sesawang MOT untuk maklumat lanjut. 

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Krisis Kesihatan Mental di Kalangan Generasi Muda dan Pendekatan Penyelesaiannya

Next Post

Keterjaminan Makanan: Cabaran dan Langkah-Langkah Menuju Keterjaminan Makanan yang Lebih Baik

Next Post
Keterjaminan Makanan: Cabaran dan Langkah-Langkah Menuju Keterjaminan Makanan yang Lebih Baik

Keterjaminan Makanan: Cabaran dan Langkah-Langkah Menuju Keterjaminan Makanan yang Lebih Baik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan Sistem ibu susuan dan anak susuan, My Radha’ah
  • Maybank, Public Bank tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November ini
  • Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah
  • PKPS 2.0 Peluang Berbakti Kepada Negara

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • Resepi
  • Sukan
  • Uncategorized

© 2023 MYKEPOCHI - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Home
  • Info
  • Berita
  • Hiburan
  • Karya
  • Inspirasi

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker